Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2024 @ 6:27pm

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo muncul dengan kolaborasi sulung bersama vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi Saat menerusi lagu jingle berjudul Wahdinii yang bermaksud Berilah Petunjuk.

Ketika ditemui XTRA, Adi berkata, lagu duet bersama Azmi ini terhasil selepas dia diminta untuk menghasilkan lagu tersebut sesuai jenama baju berkenaan.

“Lagu ini terhasil selepas saya diminta untuk menghasilkan apa yang telah diberi dan rasanya daripada awal bulan lagi Kak Emma sudah meminta saya untuk menghasilkan lagu sesuai jenama produk tersebut.

“Dan, alhamdulillah… proses untuk menyiapkan lagu jingle ini sangat senang dan mudah apatah lagi saya dimaklumkan bakal berkolaborasi dengan Azmi,” katanya.

Adi berkongsi mengenai perkara itu usai majlis pelancaran produk pakaian muslim di bawah jenama Wahdinii yang diadakan di Dia Studio, Petaling Jaya pada Isnin.

 

Dalam pada itu, Adi menjelaskan, lagu berkonsepkan padang pasir ini tercetus daripada filem Do Re Mi lakonan bintang lagenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Sebenarnya lagu ini tidak sepenuhnya berkonsepkan padang pasir tetapi idea diambil dari lagu Do Re Mi… ia berkonsepkan ‘penjual’ dan itu lebih senang untuk orang ingat.

“Lagipun, lagu ni berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodi yang sangat mudah diikuti di susunkan seperti irama padang pasir.

“Bahkan, lagu ini catchy dan mudah untuk menarik orang ramai. Jadi sesuai lah untuk dijadikan lagu jingle,” jelasnya.

Pada majlis itu juga, pengasas produk tersebut iaitu, Faridah Hashim berkongsi, lagu jingle Wahdinii nyanyian penyanyi popular itu terhasil daripada perjalanan kehidupannya yang terpaksa bangkit berseorangan selepas suaminya, Allahyarham Samsudin Rahmad meninggal dunia.

“Dan sebagai meneruskan perniagaan yang diasaskan bersama Allahyarham suami, Faridah yakin dengan strategi baharu dan lagu jingle yang diperkenalkan mampu mensasarkan lebih kurang 20,000 pasang untuk jualan bagi tahun 2024.

“Selepas suami meninggal saya bagaikan terkapai-kapai hilang arah tetapi kini dengan sokongan anak-anak, saya seolah ‘diberikan petunjuk’ untuk kembali bangun bersama rakan strategik saya, Emma untuk terus memperluaskan perniagaan Wahdini,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 May 2019
Featured Fri, 7 Oct 2022

[VIDEO] Tak Sabar Nak Cium Isteri, Suami Tasnim Shah Dikecam – “Gaya Macam Mat Rempit, Tak Jaga Aib!”

Alamak, apa kes ni gais? Tengah kecoh kat Twitter tuu 🥵 Mungkin Amin Daniel saja bergurau tapi…. 🥲

Featured Wed, 25 Jan 2023

Wajah Adik-Beradik Seiras, Lockscreen Syida Melvin Berjaya Dibuka Guna Wajah Syafiqa Melvin

Usahawan dan model, Syida Melvin terkejut apabila ‘lockscreen’ telefonnya boleh dibuka oleh kakaknya, Syafiqa Melvin melalui Face ID. @bonnorhidayah dah kata memang muka depa sama sampai lockscreen pun tak boleh beza muka sama 🤣 #adikberadikthemelvin […]

Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Doakan yang baik-baik saja buat Bella…