“Doktor Kata Boleh Tambah Lagi…” – Anak Nora Ariffin Tak Nak Adik, Pilih Tambah Amal Ibadah

Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberitahu masih boleh menambah cahaya mata diatas saranan doktor meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, saranan doktor itu ditentang oleh anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dengan tidak membenarkan ibunya hamil lagi.

“Doktor kata boleh tambah lagi. Huhu Putri kata, NO NO!!! Tak nak. Cukuplah bagi kat orang muda je lah,” katanya.

Menurutnya, pada usianya sekarang, dia lebih memilih untuk meluangkan bersama keluarga, beramal ibadah dan menjalani kehidupan dengan bahagia.

“Lebih best main dengan anak-anak dan cucu.

“Usia 50an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan dan support suami itu lebih baik,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Nora untuk menggunakan masa untuk beribadah dan bersama keluarga.

“True. Masuk umur 40 pun bukan masa untuk mula balik tambah anak beranak kecil.. Apatah lagi umur 50. Masuk umur 40 masa untuk besarkan anak sedia ada dan fokus tambah amal ibadat.

“Memang benar pun. Kita pun sudah berusia. Tenaga nak melayan anak kecil lagi. Sampai la masanya kita berehat mungkin memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi dengan situasi keadaan sekarang ni,” komen netizen.

Maya Basir