“Don’t Take My Kindness As Weakness *****”- Aaron Aziz Berang, Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mencuri perhatian selepas berkongsi status hantaran terkini di Instagram miliknya sebentar tadi.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun pelakon KL Gangster itu kelihatan berang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut terhadap perbuatan individu berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 48, memaklumkan, ini bukanlah kali pertama dia diperlakukan sedemikian, namun dia memberikan peluang terhadap individu berkenaan untuk berubah.

“Dulu kau buat aku diam… Bagi kau chance minta kau sedar sikit. Harini kau buat lagi.

“Esok mula Ramadan bulan baik. Tapi esok juga mula kau akan aku bagi kaw kaw. Don’t take my kindness as weakness, *****,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut aktor itu tampil menyokong tindakan yang bakal diambil Aaron terhadap individu tersebut.

“Tu lah, kadang-kadang melampau bila kita lagi diam.

“Jangan bagi orang peluang pijak kepala kita.

“Siapa buat Malik marah ni? Bikin panas lah.

“Alamak, marah siapa pula ni? Siapa pulak kacau Aaron,” komen netizen.

Salma Syahbuddin