Featured By: Salma Syahbuddin December 1, 2022 @ 7:50pm

Duit Sumbangan Tabung Kecemasan Nad Zainal Kini Cecah RM70,000

Pengacara dan pelakon popular, Sherry Alhadad memaklumkan dia dan rakan-rakan telahpun memberikan wang hasil sumbangan bagi meringankan kos rawatan perubatan pelakon, Nad Zainal kepada ibu bapanya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pelakon versatil, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil di Instagram Stories (IGS) miliknya, dia berkongsi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp pengacara popular itu mengenai jumlah kutipan yang berjaya diberikan hasil sumbangan dari rakan-rakan Nad setakat 30 November 2022.

Sementara itu, pelakon Ungku Ismail ada berkongsi menerusi hantaran di IGS miliknya bahawa mana-mana peminat atau orang ramai yang ingin menderma untuk Tabung Kecemasan Nad Zainal diminat bersabar sekiranya mengalami sedikit kesukaran termasuklah pautan tidak dapat dibuka dan sebagainya.

“Link boleh buka, cuma perlu masa sedikit nak load sebab ramai masuk pada waktu yang sama. Alternatifnya adalah boleh transfer terus guna nombor akaun yang tertera. Terima Kasih,” tulisnya.

Terkini, tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat pelakon Nad Zainal yang dilancarkan sejak tiga hari telahpun berjaya mengutip hampir RM70,000 setakat hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengarah tersohor, Shahrulezad Mohammeddin sebentar tadi menerusi hantaran di Instagram peribadinya.

“Alhamdulillah, syukur.Tabung masih terus dibuka ya kawan-kawan sekalian.

““Kami sangat terharu atas sokongan dan kemurahan hati rakyat Malaysia yang bersama-sama menyertai rakan-rakan artis dalam usaha mengurangkan beban keluarga Nad.

“Sebenarnya, kami tak sangka dapat kutipan sebanyak ini. Kalau boleh kami menyasarkan sebanyak RM200,000 termasuk kos selepas Nad keluar hospital kelak,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Memetik laporan Kosmo, Sharulezad berkata, pelancaran tabung kecemasan itu merupakan inisiatifnya bersama pelakon Sherry Al Hadad dan Ungku Ismail memandangkan bil rawatan yang makin meningkat biarpun pelakon itu mempunyai kad perubatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Aishah Kecewa Dapat Rantai Palsu, Ini Jawapan Datuk Seri Vida…

Kata Vida, ‘ Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin…’

Featured Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka.

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

MIRA FILZAH TUKAR ANGIN?

Mira berkata dia sudah bersedia menerima segala kritikan dan kecaman netizen sepanjang dia mengendalikan program tersebut

Featured Mon, 12 Sep 2022
Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Jangan pandang sebelah mata menu ini

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Trending Tue, 13 Oct 2020