“Dulu Kalau Daddy Pergi…” – Teruk Dikecam Gara-Gara Bikini, Azhar Sulaiman Beri Nasihat Kepada Leona Menerusi TikTok

Baru-baru ini, tular di laman sosial kisah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang memuat naik video bercuti bersama rakan-rakannya sambil memakai bikini putih.

Perkongsian tersebut mendapat kecaman dalam kalangan netizen sehingga mengaitkan bapanya dan mendakwa Azhar tidak pandai menjaga dan menasihati anak sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

Terbaharu, Azhar telah memberi teguran secara terang-terangan serta memberi tips kepada anaknya mengenai cara untuk bebas dari segala kecaman sebagai seorang selebriti.

“Today daddy nak share satu secret dengan awak. Bagaimana daddy boleh sustain lama dalam industri hiburan ni. First of all, you gotta be smart and remember that most of the people yang follow us are Malays and Muslim. So, be sensitive with your content.

“Secondly, be smart la. Macam daddy kalau pergi party, pergi Changkat ke berjimba ke, private party and all. Daddy dont share on media social. So, I’m smart you know and you have to do the same,” katanya.

@theazharsulaiman

Please be smart like me Leona…..!

♬ original sound – AzharSulaiman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan tips yang diberikan oleh Azhar malah, memuji caranya menegur anaknya dengan lemah lembut.

“Lain macam betul nasihat ni bang.

“Ada kelembutan dalam nasihat walaupun dalam hati berapi nak marah. Anak perempuan ni mudah terpengaruh,” ujar netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih dua juta tontonan dan lebih 129,000 tanda suka.Baru-baru ini, tular di laman sosial kisah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang memuat naik video bercuti bersama rakan-rakannya sambil memakai bikini putih.

Perkongsian tersebut mendapat kecaman dalam kalangan netizen sehingga mengaitkan bapanya dan mendakwa Azhar tidak pandai menjaga dan menasihati anak sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

Terbaharu, Azhar telah memberi teguran secara terang-terangan serta memberi tips kepada anaknya mengenai cara untuk bebas dari segala kecaman sebagai seorang selebriti.

“Today daddy nak share satu secret dengan awak. Bagaimana daddy boleh sustain lama dalam industri hiburan ni. First of all, you gotta be smart and remember that most of the people yang follow us are Malays and Muslim. So, be sensitive with your content.

“Secondly, be smart la. Macam daddy kalau pergi party, pergi Changkat ke berjimba ke, private party and all. Daddy dont share on media social. So, I’m smart you know and you have to do the same,” katanya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan tips yang diberikan oleh Azhar malah, memuji caranya menegur anaknya dengan lemah lembut.

“Lain macam betul nasihat ni bang.

“Ada kelembutan dalam nasihat walaupun dalam hati berapi nak marah. Anak perempuan ni mudah terpengaruh,” ujar netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih dua juta tontonan dan lebih 129,000 tanda suka.

Nurul Hana