Ehem…Siapa R Di Hati Haqiem Rusli?

Jarang sekali kita dengar penyanyi Haqiem Rusli berkongsi kisah peribadi lebih-lebih lagi melibatkan soal teman wanita.

Namun begitu, penyanyi yang baru sahaja berusia 21 tahun ini dilihat lebih terbuka bercakap soal hati.

Memetik laporan Harian Metro, Haqiem kini mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang gadis yang dikenali sebagai R.

“R adalah teman yang paling rapat dalam hidup ketika ini. Dia berasal dari Sydney, Australia. 

“Saya juga mengenalinya sejak dua tahun lalu ketika menjalani muzik video Selamat Tinggal Sayang ketika di Sydney,” katanya.

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke 32 ini turut berkongsi serba sedikit mengenai karakter R sehingga menarik perhatiannya.

“Walaupun baru berusia 16 tahun, pemikirannya sangat matang dan saya selesa berkawan dengannya,” katanya.
Akui penyanyi yang kini tampil dengan single Lembah Kesepian, R merupakan salah seorang peminatnya yang datang menonton persembahannya di Universiti Sydney, Australia.
“R juga antara peminat yang datang menonton persembahan saya ketika itu. Kami juga saling berhubung selepas pertemuan terbabit.

“Hubungan kami juga rapat hingga saya turut menawarkannya menjadi model dalam muzik video Selamat Tinggal Sayang yang turut membabitkan penggambaran di Sydney sebelum ini,” katanya memberitahu keluarga tahu mengenai hubungan rapat mereka.

Dua-dua pun masih single kan…tapi apapun utamakan karier dulu ya, kalau ada jodoh, pasti bertemu juga! 

SGMS Faida