Categories: HiburanSelebriti

Eina Azman Dapat Kereta Mewah Lagi?

Walaupun terpalit dengan kontroversi melibatkan pelakon dan juga seorang yang bergelar Datin, Eina Azman tetap tidak mempedulikan isu tersebut walaupun dikecam teruk oleh netizen. 

Beberapa hari yang lepas iaitu pada tanggal 13 Mac, Datin Eina Azman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23 dan ramai yang tertanya-tanya hadiah apakah yang bakal diterima oleh Eina memandangkan beliau seringkali mendapat hadiah mewah daripada suaminya,  Datuk Paduka Kaiser. 

Kalau sebelum ini beliau menerima hadiah telefon bimbit mewah jenama Vertu berharga RM34K, tahun ini nampaknya Eina sekali lagi mendapat hadiah mewah daripada suaminya itu. Datuk Paduka Kaiser telah menghadiahkan Eina sebuah kereta mewah yang berharga hampir RM300K. Bertuahnya Eina Azman kan?

Dan, berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Eina melalui muat naik gambar dilaman instagram beliau.

Wah! pasti ramai yang cemburu melihat kemewahan Eina Azman kan? Apapun, Selamat Hari Jadi Datin Eina Azman!

 

Salma Syahbuddin