Elfira Loy Dikhabarkan Bertunang, Ini Komen Sufian Suhaimi…

Gara-gara sekeping gambar pelakon Elfira Loy dikatakan melangsungkan pertunangannya hari ini, laman media sosial kecoh dibuatnya.

Sudah tentu artis Sufian Suhaimi tidak terlepas dicari oleh pengamal media apabila ura-ura bekas tunangnya itu sudah bertunang dengan seorang jejaka bernama Faris Khairol Anuar.

Penyanyi Di Matamu turut mengucapkan tahniah dan berharap agar El bahagia hingga ke syurga.

“Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.

“Semoga bahagia sampai syurga,” katanya kepada mStar Online, hari ini.

Gambar pertunangan Elfira bersama seorang jejaka menjadi bualan ramai sejak beberapa jam lalu.

Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun putus pada 18 Februari lalu. 

Apapun, jika benar berita pertunangan itu, kami di xtra.com mengucapkan Selamat Bertunang El & Faris & kami doakan yang terbaik untuk kalian! 

SGMS Faida