Elfira Loy Kongsi Ciri-Ciri Si Tunang Pilihan Hati

Sejak akhir-akhir ini, Elfira Loy dilihat secara terbuka memberikan pandangannya mengenai ciri-ciri bakal suaminya, Faris Anuar yang dianggap sebagai seorang yang sangat menitikberatkan agama dalam kehidupan.

Bagi El, beliau bersyukur kerana segala urusan bersama Faris sentiasa dipermudahkan.

Malah, berkongsi serba sedikit tentang perihal Faris yang membuatkan hatinya tertawan, El mengakui bahawa Faris seorang yang tidak suka menyuruh orang lain berubah secara mendadak dan memberi peluang untuk seseorang itu berubah bergantung pada diri masing-masing. 

Sumber : Instagram @elfiraloy

Jelas El lagi, Faris juga sangat suka melihat El berhijab, dan El juga mengakui sudah bersedia ke arah itu. 

” Sebenarnya sebelum itu El memang rajin ikut mama ke masjid untuk dengar kuliah yang best. Malah sejak bertunang ni El juga sangat gembira apabila tunang rajin turut sama join aktiviti kuliah di masjid”

” Dan, apa yang boleh El katakan, Faris seorang lelaki yang begitu menitikberatkan agama. Dan, kadang-kadang dia ingatkan El untuk pergi sama-sama dan ajak teman-teman lain.” Katanya

Apapun, team www.xtra.com.my sentiasa mendoakan segala urusan perkahwinan El dan Faris sentiasa dipermudahkan! Tapi jap, muka Faris ni alah-alah Fattah Amin jugak kan?

Tak sabar rasanya nak tengok El kahwin!

 

Salma Syahbuddin