Hiburan By: SGMS Putri December 28, 2017 @ 4:19pm

Erma Fatima Enggan Membazir Lagi

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Dah pasang azam baru tak? Apa yang tak tercapai tahun ni, kita bawa ke tahun depan dan terus berusaha. Jangan mengalah ya!Bagi penerbit dan pengarah popular, Erma Fatima pula, dirinya berazam tidak lagi membeli barangan berjenama.  Menerusi beberapa perkongsian di Instagram beliau menyifatkan, barangan berjenama boleh membuatkan menjadikan seseorang lebih riak.

“ Inilah alatan masa kini yang akan menjadikan kita riak! Saya berikrar tidak akan membeli beg, kasut dan sebagainya yang berjenama selepas ini, kecuali Adidas dan Nike kerana ia adalah kasut harianku. Tiada lagi barangan berjenama… Tiada lagi pembaziran!” tulis Erma.

Erma menyifatkan 2017 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat dirinya. Pada masa sama, beliau bersyukur kerana pengalaman berkenaan mengajar dirinya menjadi seorang yang lebih kuat.

Beliau turut berasa berdosa apabila kerap meninggalkan ibadat kerana komitmennya terhadap kerja. Justeru, dirinya mahu mengubah keadaan berkenaan.

“Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ini. Apa pun, syukur ke hadrat Allah kerana masih mengizinkan aku terus menghidu bauan syurga dunia-NYA. Bauan yang banyak mengajar aku erti reda dan syukur. Terima kasih Allah.

“Apakah langkahku seterusnya selepas ini? Terlalu banyak ibadat terabai kerana kerja dunia. Ya Allah, ampunilah aku.. Kurniakan kepada aku keteguhan dan kekuatan iman agar dapat aku menjalani ibadatku kepadamu mengikut ketetapan waktu.

“Kurniakan aku kekuatan agar dapat aku melawan segala bisikan syaitan yang tak jemu-jemu menghembus sifat malas dan melengahkan solat dalam diriku,” katanya.

Sementara itu, Erma juga berkongsi, kesibukan kerja membuatkan dirinya berdepan masalah kekurangan rehat dan tidur. Beliau berazam turut mengubah situasi terbabit. Kata Erma, beliau mahu kesihatannya terjamin agar dapat menjaga dan memberi kelengkapan hidup buat anak-anaknya.

“Aku akan pastikan 2018 akan merubah sistem hidupku yang huru-hara. Tidur lepas Subuh… Dua hingga tiga jam sehari. Aku harus pastikan aku tidur sebelum jam 12 malam supaya kesihatan terjamin.

“ Setidak-tidaknya, aku dapat hidup lama sikit untuk menyelesaikan segala tanggungjawab aku yang tersisa,” katanya sambil menyatakan, selepas berpisah dengan bekas suami, Bade Azmi, tanggungjawab dipikulnya semakin besar.

“Perjuangan hidup di dunia ini belum selesai. Tanggungjawab aku untuk mempersiapkan hidup anak-anak aku adalah amanah Allah buatku.

“Aku harus pastikan semua kelengkapan hidup dunia dan akhirat tersedia buat mereka sebelum aku mati. Hidupku bukan hanya untukku, tetapi untuk emak, adik dan anakku… Di situlah kebahagiaan yang abadi buat aku,” katanya.

sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Feb 2018

DJ.DAVE RANCANG HIMPUN ARTIS 70’AN

Dave berharap golongan muda boleh membantu membeli tiket untuk dihadiahkan kepada ibu bapa masing-masing yang membesar dengan lagu popular 70;an malah mereka juga boleh berhibur bersama dalam semangat kekeluargaan.

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Anak Tunggal Nassier Wahab, Luah Rasa Rindu Di Twitter

Semoga Intan Najihah dan ibu tabah menghadapi dugaan ini…

Hiburan Mon, 4 Sep 2023
Acara Fri, 26 Aug 2022
Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊