Hiburan By: Khairil Khusyairi October 20, 2022 @ 5:00pm

Nasha Aziz Hampir Menangis Gara-Gara Zul Ariffin Jatuhkan Gari Besi Pada Kaki Dalam Talbis Iblis – “Saya Diam Je”

Aktres jelita, Nasha Aziz memberitahu dia terpaksa menahan kesakitan gara-gara pelakon Zul Ariffin tidak sengaja menjatuhkan gari besi ketika melakukan penggambaran filem Talbis Iblis.

Gara-gara insiden itu kaki Nasha Aziz bengkak dan dia mengakui terpaksa bersikap profesional dengan Zul Ariffin ketika itu.

“Masa dia (Zul) tengah marah-marah, dia tengah pegang gari besi dan terlepas pulak dekat kaki saya.

“Disebabkan saya nak tunjukkan profesional, saya diamkan sahaja. Tapi lepastu bengkak dan sakit sangat.

“Nak nangis je sebenarnya, besi kot,” jelas Nasha.

Nasha yang memegang watak Junaidah sebagai bidan itu memberitahu dia menjayakan watak itu dengan penuh tanggungjawab.

“Semua, setiap babak yang ada dalam tu saya buat sendiri, Alhamdulillah dari asal saya mendapat watak ini  bila saya menerima ini adalah satu tanggungjawab saya untuk merealisasikan segalanya.

“Susah, tiada apa yang senang, hidup harus ada kesusahan kerana dari situ apa yang setiap kita lakukan akan dinilai dan kita akan menghargai.

“Saya sukakan tanggungjawab ini lebih-lebih lagi ada kepercayaan, keyakinan dari pihak yang mencintai filem yang hebat dalam industri ini,” katanya.

Disoal mengenai babak manakah yang paling sukar dilakonkan, Nasha berkata babak terakhir ketika dirinya bertukar menjadi syaitan itu adalah paling sukar baginya.

“Sudah tentu babak terakhir adalah babak yang paling banyak memerlukan kekuatan dan eksperimen.

“Sebenarnya paling sukar adalah nak menang keyakinan seorang pengarah berkaliber,” ujar Nasha ketika ditemui XTRA baru-baru ini.

Tambah pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 itu, dia menjayakan watak Junaidah itu tanpa sebarang rujukan dari mana-mana sebaliknya membentuk dari dirinya sendiri.

“Dalam jangka waktu yang terhad, saya tak buat rujukan dari dalam mahupun luar negara ataupun penilaiain dari karya-karya orang lain kerana pada saya keunikan watak Junaidah harus datang dari hasil yang jujur, asli, iaitu dari saya sendiri.

“Banyak hasil yang ingin saya naskahkan dan bentuk untuk Junaidah, dengan itu rujukan yang saya buat hanya diri saya.

“Bermakna saya hanya melihat kemampuan saya, sejauh mana yang saya bawak untuk Junaidah dan sejauh mana yang saya mampu untuk persembahkan, jadi itulah kemampuan saya,” jelasnya.

Talbis Iblis mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 20 Oktober ini dibarisi pelakon hebat tempatan seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Belum Tiba Masanya Lagi – Anzalna

Menurut pelakon Anzalna Nasir, sukar untuk melepaskan potret Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Kaabah dan Madinah kepada individu yang berminat walaupun ditawarkan ribuan ringgit.. Mungkin masih belum tiba masa lagi….

Hiburan Wed, 14 Dec 2022

Netizen Tanya Tips Dapat Suami Kacak, Ini Respons Lucu Maryam Durian Kimchi – “You Tanya Salah Orang…”

Sudah pasti ramai mengenali pempengaruh Maryam Younarae yang merupakan isteri kepada Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering mencuit hati dengan gelagat dan telatah lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Maryam yang dimuat […]

Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

Featured Sun, 13 Aug 2023