Featured By: Khairil Khusyairi March 8, 2023 @ 4:07pm

Ernie Zakri Beri Bayangan Bakal Keluarkan Lagu Irama Tradisional?… Peminat Luah Rasa Teruja – “Please Cepat Keluarkan Single Irama Malaysia”

Selepas tampil memukau di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) Februari lalu dengan membawakan lagu Korban hasil ciptaan sepenuhnya, penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri kini memberi bayangan bakal muncul dengan lagu berentak irama tradisional?

Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie memuat naik foto yang memaparkan dia mengenakan fesyen tradisional ketika muncul di sebuah acara, baru-baru ini.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh pelantun lagu Astana ini seolah-olah memberi bayangan akan mengeluarkan lagu irama tradisional.

“Kalau ada lagu irama tradisional dari hamba, tuan hamba sudi dengar ke?,” tulisnya ringkas.

Ternyata muat naik Ernie menjadi tumpuan warganet apabila rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap kapsyen tersebut dengan membalas pertanyaan Ernie.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen dengan berharap pemenang vokal terbaik AJL 35 itu dapat merealisasikan hasrat tersebut.

Malah ada juga yang menyatakan kelunakan suara Ernie sangat bersesuaian dengan lagu berentak irama tradisional.

Untuk rekod, Ernie pernah merakamkan single raya pertamanya berentak irama tradisional berjudul Zapin Lebaran pada tahun lalu dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan pendengar sekali gus mengangkat martabat irama tradisional tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

DJ Avicii Meninggal Dunia

Saya melihat beliau sekali lagi keesokan harinya dan Avicii sangat peramah, rendah diri dan turut bergambar bersama…

Featured Fri, 11 May 2018

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

Mungkin anda rasa bersalah melakukan 5 perkara ini kepada anak ada.

Trending Wed, 29 Aug 2018

Sri Pentas Terima Ancaman Bom, 200 Kakitangan Kosongkan Bangunan Serta Merta

Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi.

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020

| Live TV