Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 22, 2023 @ 6:17pm

[VIDEO] Sharifah Zarina Didakwa Nyanyi Sumbang, Athalia Pula Diserang & Teruk Dikecam Netizen – “Berhenti Bazirkan Masa Sendiri”

Baru-baru ini, nama penyanyi Sharifah Zarina hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas tular video nyanyian ‘sumbang’ di sebuah program pada Sabtu lalu.

Lantaran itu, netizen mengkritik Zarina yang mempunyai suara sumbang ketika membawa lagu Dawai dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Fadhilah Intan.

Terkini, anak perempuannya, personaliti media sosial Athalia Deena mendedahkan dia teruk diserang oleh netizen gara-gara nyanyian sumbang ibunya itu.

Menerusi sebuah video di TikTok, Athalia berkata dia memahami ‘context’ isu tersebut, namun berasa kesal apabila rata-rata netizen tidak henti mengecam sehingga mengungkit kembali isu lama.

“Effort netizen nak kejar sampai ke sini padahal isu itu bukan tentang saya memang mengagumkan. Saya faham context itu, yang saya tak faham manusia yang tag saya itu bodyshaming lah, nak buka balik cerita kecaman lalu, saya perasan semua komen negatif.

“Saya paling tak boleh terima bila orang serang saya sampai cakap benda-benda yang tak elok. Benda tak ada kaitan dengan aku, nak libatkan aku. Macam mereka ni kenal saya dan keluarga,” katanya.

@fasha_ariana_official

sharifah zarina – dawai #sharifahzarina #dawai #fyp #sembangentertainment #fashaarianaofficial

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

Dalam video yang sama, Athlia meluahkan rasa bangga terhadap ibunya yang tampil berani menyanyi di depan khayalak ramai setelah sekian lama tidak beraksi di pentas besar.

“Saya cuma nak cakap saya tahu kesungguhan ibu saya untuk program itu dan saya sebagai anak sangat bangga apabila ibu saya dah lama senyap dalam industri seni.

“Saya tahu ramai tahu sebab apa dia senyap dalam industri sebab anak-anak dia. I’m very proud that she had the audacity and had the guts untuk keluar menyanyi depan orang ramai, stage besar setelah sekian lama.

“Saya sendiri pun masih ada stage fright dan sangat nervous. Jadi netizen nak kecam tu, silakan kecam. Tapi tolong jangan nak serang saya, bodyshamin.. kritik isu yang lebih-lebih.

“Saya buat siaran langsung di TikTok tadi pun ada juga yang non-stop kritik dan bandingkan saya dengan ibu saya. Berhenti bazirkan masa sendiri,” ujarnya.

@officialathalia

Replying to @Lypophrenia grammar yg nk comment pon🫠 #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Athalia🌙 – Athalia🌙

Semasa artikel ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 155,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan 50 komen.

Artikel Berkaitan: Dikecam Suara Sumbang Nyanyi Lagu Dawai, Ini Respons Sharifah Zarina – “Saya Berpuas Hati…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 1 Nov 2020
Selebriti Mon, 26 Jun 2023
familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Netizen Dakwa Anak Sakit Kerana Terima Balasan Dosa Kak KM, Empunya Badan Tempelak! – “Kepada Mulut-Mulut Bab*, Harap Doa Tu Berbalik Pada Kau”

Tak pernah sesekali merungut atas apa yang terjadi terhadap Baby Rania, Kak KM reda dengan dugaan Allah.

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Benda boleh jimat, buat apa nak membazir kan?

Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!