Hiburan By: Atiqah Johari October 18, 2023 @ 4:42pm

“Tak Ada Duit Nak Makan, Nak Bayar Bil Bagai” – Kesal Nama Terpalit Akibat Cerita Buruk, Ini Luahan Hati Boy Iman

Pelakon Boy Iman menzahirkan rasa sedih apabila sejak kebelakangan ini dirinya sering terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkan nama dan kariernya.

Artikel Berkaitan: Lepas Didakwa ‘Scam’ Duit Orang, Video Boy Iman Cuba Terjun Jambatan Tular… Netizen Sempat Bergurau: “Bayar Hutang Dulu! Risau Jadi Pocong”

Artikel Berkaitan: Isu Festival Hooray X Fest, Boy Iman Nafi Bawa Lari Duit Mangsa – “Saya Teraniaya Ni…”

Malah, menerusi luahan panjang di Instagramnya, Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43 menyatakan sejak beberapa isu yang melibatkannya itu dia pernah berdepan dengan pelbagai hinaan namun masih terlihat kuat di depan orang ramai.

“Orang mungkin nampak aku kuat, aku happy, aku masyuk. Macam-macam aku dah hadap dalam hidup ini kalau cerita tentang negatif.

“Dituduh, dikecam, dihina, dibuka aib sebagai ‘scammer’, penipu, penjenayah, penjahat, kaki kencing dan macam-macamlah. Tidur macam-macam lokap pun aku pernah, beraya dalam lokap pun aku dah rasa.

“Semua pasal business atau kerja. Kawan menjauh, orang tak nak bagi projek, orang bisik-bisik mengata aku, komen bukan-bukan dekat media sosial, takde orang panggil berlakon, takde duit nak makan, nak bayar bil bagai, macam-macam lagilah aku dah rasa ‘kesan’ dia,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Boy juga memaklumkan sehingga kini dia masih ‘berlawan’ untuk mempertahankan dirinya yang telah dilabel dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan.

“Sedangkan hanya aku dan Allah serta beberapa orang sahaja yang tahu betul atau tak. Family aku pun sentiasa tahu aku betul atau tak termasuklah my cinta sejati.

“Aku rasa dalam diri aku pun takde cita-cita nak jadi penipu atau aku perlu menipu untuk hidup sebab ‘jalan betul’ pun aku dah berduit dan aku pun sampai sekarang ‘berlawan’ untuk buktikan pada diri aku dan semua aku bukan seperti yang dilabelkan,” ujarnya.

Akibat tuduhan tersebut, Boy mengakui dia pernah berada dititik terendah dalam hidupnya namun tidak sampai mencederakan diri sendiri atgau orang lain.

Malah, dia menganggap dugaan yang dihadapinya ini akan mendapat ganjaran yang baik.

“Mentanglah aku ‘artis’ senang sangat aku dicop, dilabel sebegitu rupa. Tak kisahlah pihak media, pihak berkuasa, pihak orang yang memfitnah aku, pihak netizen sehingga yang betul jadi salah, yang baik jadi jahat, yang bathil jadi hak. Aku jugak yang kena.

“Ada kala aku sangat down, aku sangat lemah, aku sangat stress tapi tidaklah sampai nak bunuh diri, nak jadi gila atau nak bunuh orang.

“Aku masih ada iman, ada otak, ada akal dan bila negatif ada jugak yang positif seperti orang lebih kenal aku, orang lebih ingat aku, orang lagi senang bagi projek dekat aku dan yang paling penting Allah cuci dosa aku di dunia harapnya, menambahkan pahala aku untuk bekalan di akhirat apabila orang dok fitnah, kutuk, kecam, mengata aku. Aku juga mengharap kan Allah ganti semuanya didunia dan diakhirat untuk setiap “ujian” yang Dia bagi.,” luahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norul Iman A Rahman (@boyiman_dbi)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

BTS’s Store in Japan Gets Flooded With 15,000 Fans!

BTS recently opened up a store in Harajuku, Japan and fans truly went wild.

Trending Mon, 25 Feb 2019

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Sikap rakyat Malaysia sendiri adalah antara punca perkara ini berlarutan.

Trending Sat, 17 Jul 2021
Events Fri, 10 Aug 2018

#daiTV3 : Dai’ Manakah Yang Bakal Mencuri Perhatian Juri Pada Minggu Ini?

Jangan lupa saksikan #daiTV3 malam ini, tepat jam 9 malam hanya di TV3!

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

‘Kita Jumpa Di Mahkamah’- Zulin Aziz Berang Tokey Produk Kurus Guna Gambar Tanpa Izin

Kesian Zulin…Peniaga dekat luar sana tak serik lagi ke?

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

‘Doa Buat Kekasih’ Rai Ulang Tahun ke 30 Dengan Konsert Jelajah

Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim ketika ditemui di sidang akhbar di Istana Budaya memberitahu idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ini tercetus pada tahun lalu.