Categories: Events

#RayaMacamVIP Bersama Tonton!

Buat pertama kalinya selepas dua tahun pelancaran, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan iaitu VIP tonton atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan SVOD, tonton bakal memperkenalkan maskot pertamanya yang akan dilancarkan pada 7 Jun depan bertempat di Hotel Le’ Meridien KL Sentral bersempena dengan majlis berbuka puasa.

Bersempena bulan ramadan dan hari raya yang bakal menjelang tiba, tonton dengan kerjasama Google Play Apps Store turut menawarkan diskaun hebat  sebanyak 50% untuk semua langganan khusus kepada pengguna android. Dan, pelanggan hanya perlu membayar RM5 untuk langganan bulanan dan RM48 untuk langganan tahunan sempena pelancaran kempen Ramadan Raya selama 1 bulan setengah bermula daripada 15 Mei 2016 sehingga 30 Jun 2018 dengan perisian menarik untuk para pelanggan tonton.

Malah, tonton juga turut menyediakan program-program menarik sepanjang bulan ramadan iaitu  Ramadan Jangan Pergi, 7 Ramadan, Ramadan Terakhir, Hidayahmu Ramadan dan Ramadan Yang Hilang menerusi saluran khas drama di bulan Ramadan. tonton juga akan mempersembahkan drama Korea “Suits”  dan siri TV Marvel “Cloak and Dagger”. Dan, bagi surirumah tangga, kami di tonton turut menyediakan senarai menu sepanjang Ramadan bersama Chef Imelda Harris. 

Sebuah siri Original tonton  I, Remember juga turut disiarkan dibulan Ramadan ini bersesuaian dengan kehendak generasi millenial. Tidak ketinggalan juga buat adik-adik yang tengah cuti sekolah mereka akan dihiburkan dengan rancangan-rancangan animasi seperti  Pokemon Sun & Moon, Barbie Dreamtopia, Turning Mecard dan Thomas & Friends.

Menurut Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata;

“Untuk kempen ramadan raya kali ini, tonton menawarkan potongan 50% kepada pelanggan baru kami. Ini merupakan tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menjadikan kami sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu. Kami akan terus menyajikan kandungan rancangan berdefinisi tinggi (HD) kepada para pelanggan. Ceriakan raya anda bersama tonton.  tonton menawarkan program-program menarik hari raya dengan gaya baru sambil melayari tonton menerusi komputer riba, tablet atapun telefon bimbit anda.  tonton merupakan platform terbaik untuk anda dan keluarga di hari raya ini. ” Jelasnya

Di samping itu, pelanggan juga disarankan untuk mendapatkan barangan eksklusif dan edisi terhad tonton di www.roopawan.com serta dapatkan diskaun khas  sehingga 50% di www.11street.my bermula 18 Mei 2018 ini untuk langganan tonton VIP.

Salma Syahbuddin