Eyka Farhana Dan Pemain JDT Ini Sedang Dilamun Cinta?

Kecoh di laman media sosial apabila tular sebuah video menunjukkan pelakon cantik Eyka Farhana sedang berlaga pipi dengan salah seorang bintang bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid. Betul ke?

Video boomerang tersebut dipercayai telah dikongsikan sendiri oleh Akhyar menerusi laman Twitter miliknya yang dikongsikan semula oleh Twitter Perak Power pada jam 1.41 pagi kelmarin.

Hingga kini, video yang telah mendapat lebih 70 ribu tontonan itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan peminat.

Video itu turut diulang kongsi oleh 779 pemilik Twitter lain dan menerima 684 tanda suka.

 

Sumber: Twitter Perak Power

 

Bukan itu sahaja, pemilik bernama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu juga difahamkan turut memuat naik foto bersama Akhyar di InstaStories miliknya ketika pasangan ini sedang bercuti.

Syafiqa Irdina