Hiburan By: Fatin Nurain February 29, 2024 @ 5:32pm

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

“Insya-Allah, saya takkan lupa diri,” demikian kata pelakon Ezzanie Jasny yang kini namanya mula melonjak naik sejak tahun lalu.

Menurut Ezzanie, dia tidak mahu usahanya untuk mendapatkan tempat di dalam industri hiburan tanah air terkubur dek kerana lupa akan susah payah yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Bagi saya, saya buat macam-macam benda sendiri. Saya cari duit sendiri, pergi mana-mana pun sendiri. Jadi benda tu buatkan saya takkan lupa di mana saya berdiri.

“Kita dari seorang yang tiada apa-apa kepada someone yang berjaya sekarang, saya buat semua tu sebab saya pernah berada di situ. Kita tahu susah payahnya untuk berada sampai ke tahap ni.

“Takkanlah kita nak berlagak dengan orang. Saya pun taknak benda tu terjadi sebab saya nak kekal lama dalam industri ni. Jadi saya kena bawa diri saya dengan baik,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ezzanie ketika ditemui di majlis Pra-Pelancaran Koleksi Rantaian Kasih 2024 anjuran Habib, di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, semalam.

Mengakui selesa menjadi seorang wanita berdikari, Ezzanie juga mendedahkan dirinya mempunyai perniagaan sendiri selain aktif bergelar seorang pelakon dan model.

Kata Ezzanie, dia bersyukur mempunyai ibu bapa yang menyokong kerjayanya dan percaya dirinya mampu membawa diri dalam industri dengan baik.

“Kadang-kadang, mereka terpaksa lepaskan anak dia sebab saya ni agak degil. Saya nak apa yang saya nak. Mereka pantau dari jauh.

“Mereka bimbang bila saya balik lambat kalau shooting, jadi mereka akan call. Tapi bab-bab kerja ni mereka tahu saya boleh jaga diri,” jelasnya.

Untuk makluman, Ezzanie kini menjadi salah seorang duta bagi Koleksi Rantaian Kasih 2024 Habib sempena perayaan Aidilfitri, pada tahun ini.

Selain Ezzanie, Sharifah Rose, Amyra Rosli, Amar Baharin serta anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa juga merupakan duta untuk koleksi Aidilfitri jenama barangan kemas tersebut, pada tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Events Wed, 20 Feb 2019

DFKL2019 Kini Lebih Positif

Drama Festival Kuala Lumpur DFKL (2019) pada tahun ini tampil lebih menarik dengan tema ‘Positif Selalu’ dengan memperkenalkan duta DFKL 2019 iaitu Janna Nick dan Izzue Islam. 

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Wed, 10 Mar 2021

Rakyat Disarankan Bantu Industri Pelancongan Domestik

Ayuh majukan industri pelancongan!

Featured Fri, 30 Sep 2022

Didakwa Belasah & Curang Terhadap Isteri Dengan Lelaki Lain, Pelakon Terkenal Dituduh Biseksual?

Dah la curang dengan lelaki lain 😱 Pastu belasah pulak si isteri, aduhai perangai sungguh! 😤 Siapa eh agak-agak?

Selebriti Wed, 20 Mar 2024
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Sophia Fredskild Jatuh Cinta?

Sophia akhirnya menemui jejaka pilihan untuk selamanya…