Events By: Ad Ops February 20, 2019 @ 12:36pm

DFKL2019 Kini Lebih Positif

Drama Festival Kuala Lumpur DFKL (2019) pada tahun ini tampil lebih menarik bertemakan ‘Positif Selalu’ dengan memperkenalkan duta DFKL 2019 iaitu Janna Nick dan Izzue Islam. 

Seperti tahun tahun terdahulu, DFKL masih menyediakan platform untuk memperkenalkan bakat baru seperti sesi uji bakat, siri jelajah, sesi kongsi idea, pertandingan drama pendek dan undian atas talian yang dibuka. Elemen- elemen ini menyelami tema ‘Realiti Dunia Media Sosial’.

“Pada pendapat saya, tema ini serasi dengan realiti media sosial pada masa kini. Janganlah kita terlalu taksub dengan gambaran media sosial yang hanya sekadar fantasi. Tak semua orang di media sosial dan di luar adalah karakter yang sama. Kadang bila orang jumpa saya di luar lain, di media sosial lain.  Penggunaan platform media sosial saya sendiri adalah lebih kepada tujuan “marketing” dan juga untuk mempromosikan drama lakonan”, ujar Janna Nick yang ditemui di sesi taklimat DFKL 2019 di Balai Berita. 

Izzue Islam yang juga merupakan duta rasmi DFKL 2019 turut menyatakan sokongan beliau terhadap tema DFKL pada kali ini, malah Izzue juga berharap dengan tema ‘Positif Selalu’ ini dapat menghentikan kritikan dan kecaman yang menular daripada netizen di media sosial. 

Siri Jelajah DFKL 2019 akan bermula pada 1 Mac 2019 di beberapa institut-institut pengajian tinggi sekitar Lembah Klang. Perjalanan siri jelajah itu adalah seperti berikut:

  • 1 Mac 2019- Management & Science University (MSU), Shah Alam
  • 2 Mac 2019- University of Malaya (UM), Kuala Lumpur
  • 3 Mac 2019- University Putra Malaysia (UPM), Sri Kembangan 

DFKL 2019 akan menutup tirainya dengan Malam Anugerah DFKL 2019 pada hari Ahad, 7 April 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan telah dibuka untuk undian di laman sesawang www.dfkl.com.my sejak 1 Februari yang lalu sehingga 25 Mac 2019

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

DAYANG NURFAIZAH TERUJA WALAUPUN NERVOUS. TAHNIAH!

Dayang turut menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit nya yang terdahulu seperti, Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, dan banyak lagi. 

Featured Mon, 1 Aug 2022

“Ini Kes Yang Lebih Berat..” – Tindakan Fazura Buat Laporan Polis Cetus Persoalan Netizen

Alamak, apa kes ni? Walau apapun min harap semoga segala urusan dipermudahkan

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

‘Henti Siar Berita Kepulangan Adik Ainul’- Dr Amalina

Netizen kat luar sana, dengar ni apa Dr Amalina nak pesan!

Hiburan Sun, 22 Oct 2023