Faizal Tahir Bakal Muncul Dalam Konsert ‘Moved’

Walaupun kehadirannya dalam industri seperti mengikut musim, namun kemampuan penyanyi ini dalam menghasilkan lagu-lagu artis tempatan masih berbisa. Faizal Tahir memberitahu, kali ini beliau akan muncul dengan konsert meganya yang akan diadakan pada 3 November nanti.

Menurut FT, selepas beberapa kali konsert ini ditangguhkan akhirnya hasrat beliau untuk menggegarkan stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada konsert solonya kali ini termakbul apabila starplanet dan Warner Music Malaysia menaja konsert ‘Moved’ ini.

Kenapa Moved?

“Kami sepakat memilih tema ‘moved’ untuk konsert ini. Harapan saya, konsert ini bukan sahaja dapat menyentuh emosi penonton, malah fizikal mereka. Tarikh dipilih sangat sesuai kerana kami ada masa untuk membuat persiapan selain mengatur publisiti dan promosi.” Katanya

Apa yang menariknya untuk konsert kali ini ialah, FT turut mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk sama-sama memeriahkan konsert solo beliau. Namun, perkara ini masih dalam perbincangan lagi dengan pihak Siti.

Faizal Tahir dan Izzue Islam ketika menghadiri Majlis Kempen Terima Kasih 2018 anjuranMedia Prima Berhad semalam.

“Siti adalah antara artis yang ingin saya jemput. Tidaklah ramai sangat hingga menenggelamkan saya sebagai fokus utama konsert itu.” Tambahnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Terima Kasih 2018 anjuran Media Prima Berhad.

Wah! diharap agar perjalanan konsert solo artis kesayangan ramai ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan padu peminat muzik tempatan.

Salma Syahbuddin