Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2023 @ 12:36pm

Famili Duo 3: Berjaya Tawan Hati Juri, Ryan & Adam Bakery Pamer Prestasi Membanggakan! – “Vokal Balance, Konfiden Perlu Ada”

Walaupun persembahannya sebelum ini pernah dikritik kerana mempunyai suara yang tidak sedap, namun pasangan adik-beradik Ryan dan Adam Bakery tidak pernah putus asa sebaliknya  memberikan yang terbaik di pentas Famili Duo.

Malah, setakat minggu keempat ini, Ryan dan Adam berjaya menawan hati juri apabila menampilkan progres yang sangat besar termasuklah semakin pintar menggunakan pentas.

“Semakin pintar menggunakan stage! Bila korus, part unison (serentak) dan pandai membahagikan octave (selang antara muzik) itu satu pembelajaran yang saya rasa cepat.

“Cuma ada satu perkara yang kena kemas kini kerana ini adalah persembahan ‘live’. Bila kita dalam program ‘live’ dan pertandingan, Ryan perlu bersikap rileks dan yakin sebab kesilapan-kesilapan kecil ini boleh ganggu konsentrasi di atas stage. Apa yang penting, setiap pembetulan yang kamu buat itu adalah cepat, dan itu yang kita mahukan daripada kamu iaitu prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu,” kata Ajai selaku juri tetap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Sementara itu, Mas Idayu juga berpuas hati dengan persembahan Ryan dan Adam kerana berjaya mempamerkan vokal yang seimbang berbanding persembahan mereka sebelum ini.

“Mummy lebih nampak adalah dari segi vokal banyak peningkatan. Kalau boleh mummy nak tekankan artikulasi kena jelas, konfiden perlu ada, dan nyanyian awak agak terjaga dari sebelum ini. Vokal Ryan dan Adam minggu ini balance (seimbang). Dua-dua bagus dan tidak mengecewakan mummy untuk minggu ini,” jelasnya.

Sekadar info, pada minggu kelima, peserta Famili Duo akan membawakan konsep ‘Idola / Lagenda?’ Adakah mereka bersedia? Dan, lagu apakah yang akan dibawakan peserta mengikut kesesuaian vokal mereka? Sama-sama kita saksikan Famili Duo yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad jam 9 malam hanya di TV3.

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 29 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 May 2022

Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Wafariena yang melakonkan watak Nurul Ain terima ugutan santau oleh peminat yang taksub dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku Musim ke-3.

Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Tue, 28 Feb 2023

“Jujurnya Saya Takut” – Disangkakan Sakit Gastrik, Zulin Aziz Terpaksa Menjalani Pembedahan Segera

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zulin dan diberi kesembuhan segera

Featured Thu, 13 Feb 2020
Events Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018 | 《青色围墙》夺最佳电视剧(中文)

恭喜《青色围墙》夺第22届Anugerah Skrin 2018「最佳电视剧(中文)」奖项!