Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Pasangan duo adik beradik, Syaiful dan Sharif membuktikan persembahan mereka pada minggu kelima di pentas Famili Duo Musim Ketiga (FD3) berjaya mencuri perhatian juri sekaligus merebut gelaran juara mingguan dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000.

Membawakan lagu yang dipopularkan oleh Datuk M.Nasir berjudul Mentera Semerah Padi, persembahan Sharif dan Syaiful ternyata menunjukkan peningkatan dari segi dinamik dan kreativiti apatah lagi dengan kehadiran pelawak dan penyanyi, Joey Daud.

 

Menurut Mas Idayu sebagai juri tetap, ini adalah persembahan ‘comeback’ dari pasangan adik beradik berkenaan.

“Memang Mummy tak sangka idea ni. Mummy tak tahu dari awal ideanya. Tapi dinamiknya masa Joey datang tadi.

“Dengan idea sebegini, Mummy nampak satu persembahan yang fokus dan dinamik yang anda berdua tunjukkan, fokus anda memang mummy nampak. Cuma pitching Syaiful ada lack sedikit tapi benda kecil ni Mummyh tak nak ambil kisah,” katanya.

Sementara itu, Ajai juga terkejut apabila duo adik beradik berkenaan mampu mempamerkan persembahan yang cukup memukau sesuai dengan suntikan jenaka yang terselit dalam persembahan mereka.

“Staright to the point, saya langsung  tak jangka all the way akan jadi macam tu tau(mendatar) tapi lepas awak menyanyi dengan serius dan langsung tak tunjukkan karakter awak, lepastu datang pulak Joey terus klimaks dia (persembahan). Jadi, itulah yang awak berdua nak tunjukkan.

“Jadi idea serius dia lawak tapi itulah yang buatkan kami terhibur,” jelasnya.

Sebelum ini, pasangan adik-beradik Syaiful dan Sharif pernah mengungguli juara untuk minggu pertama.

Namun, kali ini mereka sekali lagi berjaya merampas kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 73.9 peratus meninggalkan jauh lima lagi pasangan duo lain.

Selaku juara, Syaiful dan Sharif turut diberikan kelebihan untuk memilih tema bagi konsert keenam pada minggu hadapan dan mereka telah memilih tema Retro/60’s 70’s sebagai tema persembahan untuk keenam-enam peserta.

Jadi, Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Antara enam pasangan yang bersaing di pentas Famili Duo 3 ialah, Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

Salma Syahbuddin