Farah Nabilah Tak Boleh Tinggalkan Rumah?

Bagi pelakon yang popular menerusi drama bersiri Titian Cinta ini, beliau sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan kediaman keluarga. 

Adakah Farah Nabilah Dikongkong?

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saifuddin, 26 menyifatkan syarat yang diletakkan oleh keluarganya ini tidak memberinya sebarang masalah. Kerana, menurut pelakon ini, beliau lebih selesa duduk di rumah apabila tiada sebarang urusan kerja. Malah, sekiranya tiada sebarang penggambaran beliau sendiri akan membawa keluarga pergi bercuti. Dan, syarat yang diletakkan oleh ibu beliau ini, sedikit sebanyak membantu Farah daripada terpalit dengan isu kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau.

” Banyak perkara yang membuatkan saya perlu berhati-hati, terutama ketika era teknologi di hujung jari. Hal kecil boleh menjadi besar dan jika tersalah percaturan, ia akan menjerat diri sendiri.” Katanya

 

Farah juga turut mengakui kesibukan terhadap kerjaya lakonan membuatkan beliau belum bersedia menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Malah, dia juga tidak gemar menggembar-gemburkan hal peribadi dan akan berkongsi hal tersebut dengan keluarga atau rakan-rakan yang terdekat sahaja.

 

Salma Syahbuddin