Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2024 @ 3:50pm

Fathia Latiff Belum Jatuh Murtad – PU Syed

“Kita boleh menegur, tetapi tidak sehingga mencela seseorang dengan melampau sehingga melontarkan kata-kata yang tidak baik”.

Demikian respons pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai, PU Syed apabila menegur tindakan segelintir netizen yang seolah-olah bersikap seperti hakim dek kerana mudah menjatuhkan hukum pada orang lain termasuklah berhubung kes melibatkan pelakon, Fathia Latiff baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo,  PU Syed berkata, sekiranya perbuatan pelakon itu untuk keluar Islam atau murtad adalah disebabkan kecaman orang ramai, maka netizen akan bertanggungjawab dan mendapat dosa akan perbuatan yang mereka lakukan.

“Dari sudut pandangan Islam, tidak boleh dibuat main-main tentang akidah. Maknanya, kalau disebabkan sesuatu itu menjadi asbab untuk Fatiya melakukan dosa, itu tidak dibenarkan dalam hukum syarak.

“Kalau disebabkan kata-kata atau kecaman netizen yang mengutuk atau menjatuhkan hukum sesuka hati, maka netizen juga akan dipertanggungjawabkan jika Fatiya keluar dari agama disebabkan tekanan daripada orang ramai,” ulasnya.

Fathia Latiff

Dalam pada itu, PU Syed menegaskan, sekiranya netizen ingin menegur, maka tegur hanya pada perbuatannya dan bukan tegur secara peribadinya.

“Walaupun dia ada melakukan kesalahan, namun netizen tidak ada hak untuk mengecam perkara yang tidak melibatkan perbuatannya, seperti mengutuk fizikal dan sebagainya. Nak menegur, tegur perbuatan. Bukan tegur individu tersebut secara peribadi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, PU Syed turut memberikan pandangannya terhadap kenyataan Fathia untuk keluar agama baru-baru ini sebagai perkara serius, kerana perbuatan itu melibatkan akidah.

“Bila dia sudah ada niat untuk keluar daripada agama, perbuatan tersebut sudah pun dianggap berdosa kerana dia telah berjanji untuk buat kekufuran terhadap Allah SWT.

“Cuma Fatiya belum lagi jatuh murtad. Sekadar syarak tidak membenarkan. Islam sendiri telah mengajar kita untuk memperbanyakkan bersabar. Allah SWT sendiri telah menyebut dalam al-Quran bahawa aku pasti akan uji kalian dan sedikit rasa takut kehilangan harta benda,” ujarnya.

Justeru, PU Syed mengingatkan netizen supaya tidak bertindak sebagai hakim untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang.

“Kita boleh menegur, tetapi tidak sehingga mencela seseorang dengan melampau sehingga melontarkan kata-kata yang tidak baik.

“Bercakap dengan baik bukan bererti kita menyokong perbuatannya, tetapi biarlah secara berhemah,” katanya.

Terdahulu, Fathia menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya menyatakan bahawa dia boleh bertindak untuk keluar agama atas sebab perlakuan warganet terhadapnya.

Satu benda je aku nak cakap dekat korang. Korang jangan sampai aku keluar agama (Islam) sebab korang tau.

“Aku minum arak ke, aku pakai short pants ke, aku jadi kafir sebab aku bengang dengan korang, aku tak berdosa,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran Kepada Netizen

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Trending Wed, 24 Mar 2021

Akses Tontonan Awal Drama Terbaharu Bagi Pengguna Platform iQiyi Dan Primeworks Studio

Selepas pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), pihak Media Prima yakin bahawa kredibiliti yang ditonjolkan iQiyi dapat membantu mengeksport kandungan dan menggilap bakat tempatan di […]

Trending Sun, 24 Dec 2023

Gara-Gara Hilang Sebelah Payudara Akibat Kanser, Suami Tergamak Ceraikan Isteri – “Orang Macam Ni Mampu Hidup Setahun Sahaja!”

Tergamaknya suami tinggalkan isteri di saat-saat dia sakit macam tu…siap hina lagi tu😥😭🥺

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Thu, 9 May 2019

Tya Arifin Selamat Lahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah…tahniah Tya & Asyraf!

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Siti Sarah Tunda Konsert?

Mentor Otai ini mengganggap penundaan itu sebagai satu rahmat pula baginya kerana berpeluang mendapatkan masa yang lebih panjang untuk latihan serta persiapan.

Trending Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…