Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Siapa kata penyanyi dan pelakon cantik ini tidak mampu beraksi di pentas dengan baik? Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menghiburkan lebih 10,000 ribu peminat di Konsert Elmina Lakeside Elmina Central Park, Sabtu lalu. 

Dalam konsert berkenaan, Fazura menyanyikan beberapa buah lagu hits antaranya Bisa Apa dan Bangun.

Lebih menarik, beliau tidak hanya keseorangan kerana suami tercinta turut hadir memberi sokongan malah berkongsi pentas sebagai artis jemputan.

Fattah mengambil alih pentas dengan mendendangkan single terbaru bertajuk Isterimewa.

Membawakan lagu Paling Sempurna, lagu berkenaan dikatakan bakal menguatkan lagi populariti pasangan berpengaruh tanah air ini.

Sementara itu, Fazura turut merancakkan pentas dengan lagu Can’t Forget Me yang membuatkan para peminat menari bersama.

Pendek kata, memang meriah guys! So siapa yang kata Faz tidak boleh menyanyi secara live, you guys dah silap. Stay tuned for all videos!

SGMS Enal