Mahu Tampar Bekas PM, Chef Wan Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

“ To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya gunakan di waktu saya merasa amat marah,” demikian kata chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang memohon maaf di laman Instagramnya.

Chef Wan mengakui dirinya amat marah ketika itu sehingga mengeluarkan ucapan kasar terhadap bekas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as I have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!,” katanya.

Laman Instagram Chef terkenal ini turut diserang netizen yang mendesak agar beliau memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakz

“ Saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan Najib kepada negara ini.

“Saya sudah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan itu sahaja!

“Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” kata Chef Wan.

Terdahulu, portal Malaysiakini semalam melaporkan, Chef Wan berkata mahu menampar muka Najib ketika hadir berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) di Felda Sungai Koyan 1, di Jelai, semalam.

Perkara itu berlaku apabila Chef Wan tidak berpuas hati terhadap Felda ketika ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan memberikan ‘imbuhan’ kepada peneroka.

Chef Wan berkata, pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.

SGMS Faida