Hiburan By: Padin September 8, 2023 @ 6:44pm

Fellera Skin Beri Kejutan Hadiah Pakej Umrah VVIP Untuk Kak Lina & Beto Kusyairy, Bakal Terbang Bersama Bell Ngasri!

Dua pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Beto Kusyairy dan Elly Mazlein mendapat kejutan penaja utama, Fellera Skin apabila menerima hadiah sampingan berupa pakej Umrah VVIP.

Menurut Pengasas Fellera Skin, Syarifah Khyra Muhsin, jika semuanya berjalan lancar, mereka termasuk Bintang Paling Popular ABPBH 35, Bell Ngasri bakal berlepas menunaikan ibadah Umrah pada Disember depan.

Memetik laporan Berita Harian, pakej umrah VVIP yang dihadiahkan itu bakal memberi pengalaman luar biasa buat pemenang ABPBH 35.

“Selain mengadakan majlis makan malam bersama pengedar eksklusif Fellera Skin, acara ini juga bertujuan meraikan dua pemenang ABPBH 35 iaitu Beto dan Elly atau Kak Lina Pom Pom.

“Dua selebriti ini terpilih menerima hadiah yang akan menyusuri perjalanan bermakna dan insya-Allah, menjadi kenangan manis buat mereka.

“Kami beri kad untuk mereka buka dan lihat sendiri hadiah diterima. Hadiahnya, pakej umrah VVIP yang bukan biasa-biasa dan akan memberikan satu pengalaman berbeza.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira selepas melihat keterujaan mereka menerima kejutan ini,” katanya kepada BH Online.

Tambah usahawan wanita cantik itu, pemilihan dua selebriti berkenaan dilakukan berikutan mahu menghargai bakat insan yang lama berjuang dalam industri seni.

“Mereka menjadi pilihan kami sebab bagi saya dan suami, Beto dan Elly adalah senior dan menantikan detik meraih trofi ABPBH sejak sekian lama.

“Kami sangat menghargai mereka sebagai orang lama, mempunyai bakat yang besar luar biasa untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan lakonan mereka.

“Kriteria inilah yang dipilih supaya mereka rasa lebih dihargai,” jelasnya.

Mereka ditemui BH dalam sebuah majlis makan malam di sebuah restoran terkemuka, di ibu kota, malam tadi.

Dalam pada itu, Beto meraih trofi kategori Aktor Filem Popular menyifatkan hadiah menunaikan umrah ibarat bulan jatuh ke riba.

“Saya ada perancangan untuk ke Tanah Suci pada penghujung tahun ini. Tak sangka pula tiba-tiba saya dapat kejutan ini.

“Saya anggap hadiah mengerjakan umrah ini adalah satu jemputan daripada Allah. Alhamdulillah, saya bersyukur dipertemukan dengan Fellera Skin yang dapat menunaikan hajat saya,” ujarnya.

Bagi Elly pula, dia tidak menyangka mendapat rezeki untuk menunaikan umrah dan terharu dengan hadiah yang diberikan.

“Saya berterima kasih kepada Fellera Skin. Pengasasnya, Syarifah Khyra ada memaklumkan pemilihan kami agak istimewa kerana sudah lama dalam industri.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami merasa memegang trofi ini. Jadi, hadiah umrah ini adalah pengiktirafan lebih sedikit dan bonus buat saya dan Beto,” kata pemenang kategori Pengacara TV Popular ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Aishah Kecewa Dapat Rantai Palsu, Ini Jawapan Datuk Seri Vida…

Kata Vida, ‘ Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin…’

Featured Mon, 3 Oct 2022

Gandingan Mantap Dengan Naim Daniel Dalam Lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ Tonjolkan Tone Vokal Sebenar Dolla

Siapa dah dengar lagu baru Naim Daniel x Dolla? Sesekali dengar lagu Ballad dari Dolla best kann 🤩

Featured Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Sun, 23 Jun 2019

Akhiri Zaman Duda, Selamat Pengantin Baharu Ally Iskandar & Marlina!

Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim, semalam.

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik