Hiburan By: Maya Basir September 26, 2023 @ 10:07am

Fify Azmi Respons Dakwaan Dilabel Playgirl, Anggap Gosip Bercinta Dengan Syazwan Zulkifly Sebagai Hiburan

Pelakon Fify Azmi dilabel ‘playgirl’ selepas memutuskan hubungan percintaan dengan pelakon Nafiez Zaidi.

Memetik laporan Kosmo, Fify menegaskan dia miliki ramai kenalan terutama di set penggambaran namun tidak bermaksud dirinya pantas mencari pengganti.

“Orang yang rapat dengan saya semuanya kawan yang selalu saya bekerja, malah Nafiez pun sampai sekarang saya masih kerap jumpa di lokasi penggambaran.

“Saya sudah beritahu awal-awal, tiada niat nak bercinta atau apa (serius) dalam berkawan. Kalau orang nak kenal, saya akan cakap boleh saja. Kenapa tidak?

“Nak kata saya macam-macam terpulanglah. Tengoklah macam mana,” katanya.

Sementara itu, Fify akui keakraban dengan pelakon Syazwan Zulkifly adalah disebabkan berlakon bersama.

“Saya dengan Syazwan pun sudah lama berkawan rapat sebab sebelum ini banyak berlakon bersama. Selepas ini pun kami bakal terbabit dengan sebuah lagi penerbitan.

“Tetapi saya tak mahu cakap apa-apa, biarlah sesiapa mahu bercakap mengenai kami. Lagipun banyak andaian, lagi ‘syok’ saya tengok. Berilah hiburan untuk saya juga,” ujarnya berseloroh.

Terdahulu, Fify menerima rombongan merisik Nafiez pada Jun 2022 namun hubungan mereka menemui nokhtah sekitar April lalu.

Kemudian, Fify dilihat mesra bersama Syazwan seperti pasangan sedang bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: “I’m Gonna Miss You” – Muat Naik Video Romantis, Syazwan Zulkifly, Fify Azmi Kini Bercinta?

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Pertahankan Hubungan, Hasrat Nafiez Zaidi Berkahwin Dengan Fify Azmi Tidak Kesampaian – “Dia Berkeras Untuk Bawa Haluan Masing-Masing…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Trending Thu, 12 Apr 2018

South Korea’s Hot Air Balloon Accident Causes 1 Dead and 12 Injured

It was a sudden crash that has shocked the nation.

Featured Tue, 19 Mar 2024

Bawa Genre Dangdut, Feel Koplo Besar Hati Mahu Remix Lagu Siti Nurhaliza

Wow! Min pun tak sabar nak dengar lagu-logu TokTi di dangdut kan. Mesti gempak!😍😍😍

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Kalau Boleh Anak Perempuan Kali Ini’- Saharul Ridzuan

Insha Allah rezeki Tuhan tak kemana.