Hiburan By: Padin October 31, 2023 @ 1:36pm

“Filem Mar Rak Tak Ada Babak S*ks Seperti Ditularkan” – TS Jeffry

Susulan kebocoran sedutan adegan didakwa babak seks yang tular di YouTube, penerbit filem Mar Rak, Datuk TS Jeffry, bakal memanggil kesemua kru produksi filem terbabit.

Menurut Jeffry yang turut bertindak sebagai pengarah, filem Mar Rak tidak menampilkan babak seks seperti yang ditularkan.

“Sehingga kini kami masih belum mengenalpasti dalang di sebalik perbuatan ini. Saya akan panggil kesemua kru produksi yang terlibat dan akan menyiasat perkara ini.

“Kalau saya tahu siapa individu itu saya sedia untuk mengambil tindakan. Nak kata ada unsur sabotaj saya pun tak berani cakap lebih.

“Tetapi filem ini bukan untuk menonjolkan adegan seks seperti yang didakwa ramai pihak,”katanya.

Jeffry berkata demikian semasa usai sidang media Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi percubaan pertamanya mengarahkan filem, Jeffry tidak tergamak untuk menjual babak seks semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

“Kalau penonton saksikan filem ini, tidak ada babak panas pun yang dipaparkan. Cuma, adalah sedikit babak yang memaparkan heroin berjaya menggoda pelakon utama sebagai pelengkap kepada mesej utama filem ini dalam babak sihir pengasih.

“Malah, Lembaga Penapisan Filem (LPF) pun tidak memotong sebarang adegan dalam filem ini sekali gus menunjukkan filem ini tiada adegan ranjang. Ini filem pertama arahan saya. Walaupun filem ini mempertaruhkan bakat-bakat baharu, tetapi saya berasa puas dengan komitmen dan kemahiran lakonan mereka,” katanya.

Filem Mar Rak mengisahkan percintaan Krasem dan Rashida yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa. Dicemburui oleh Ai Ling kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.

Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem berasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Filem ini bakal menemui penonton pada 2 November ini dan antara barisan artis yang menjayakannya ialah Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna James dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Events Mon, 2 Sep 2019

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!与陈昇合体无望

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!虽然曾一度传出陈昇会赶到黄连煜演唱会合体,可惜最终没有上演新宝岛康乐队国庆日大团圆的佳话!

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Respon Mereka Positif – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza juga diminta untuk menulis semula memorandum tentang apa yang beliau sampaikan untuk dibincangkan…

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

‘Kerjaya Penyanyi Jalanan Banyak Mengajar Saya…’- Maria Effendi Bakal Terbang Ke Hong Kong Wakili Malaysia Untuk HKAMF 2019

Maria yang bakal membawakan dua buah lagu iaitu Haruskah Aku dan Hurt (nyanyian asal Christina Aguilera di festival itu nanti memohon doa daripada rakyat Malaysia agar persembahannya dapat menambat hati juri.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

快讯 | SHINee钟铉烧炭自杀身亡

韩国男团SHINee成员钟铉12月初才举办个人演唱会,但18日惊传死讯,据韩媒报导,他在清潭洞家中被发现,旁边有煤炭。