Categories: HiburanSelebriti

FINALLY! YUNA SAH BERGELAR ISTERI ADAM YOUSOF SINCLAIR

Tahniah diucapkan kepada penyanyi lagu Crush, Yuna kerana selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya selepas mengharungi pelbagai kisah percintaan sebelum ini.

Yunalis Zarai, 31 dan Adam Yousof Sinclair selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang pada jam 7 petang tadi.  

Majlis yang hanya dihadiri oleh 300 orang termasuklah keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan United States ini dilakukan secara tertutup bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

Difahamkan, pihak lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan. 

Yuna bagaimanapun, dilihat begitu anggun dan cantik dalam persalinan yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat.

 

 

Salma Syahbuddin