Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 15, 2024 @ 4:20pm

Fitnah Netizen Melampau Hingga Wujud Rasa Dengki, Scha Alyahya Tak Teragak Buat Laporan Polis – “Sesama Bangsa Bergaduh, Ugut Sana Sini”

Pelakon, Scha Alyahya menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya segelintir netizen bertindak terlalu melampau dalam melemparkan kecaman kepadanya dan keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Scha berkongsi semula pautan portal Harian Metro memaparkan pelakon dan penyanyi, Naim Daniel membuat laporan polis selepas ibu bapa diugut bunuh dek isu #blockout2024.

Kata isteri kepada pengacara dan pelakon, Awal Ashaari ini, tindakan netizen yang memfitnah telah mencipta kebencian dalam kalangan mereka sehingga menyentuh perkara sensitiviti dan bergaduh sesama bangsa.

“Fitnah memfitnah, permusuhan dengki mendengki, mewujudkan persepsi buruk, itulah realitinya. Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik.

“Jangan bersifat personal. Sekarang kan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana sini.

“Check hati masing-masing, sebab saya pun tak akan teragak-agak akan mengambil tindakan yang sama bila saya berada di situasi yang sama macam ni,” tulisnya.

Scha Alyahya

Terdahulu, nama Scha dan ramai selebriti tempatan lain terpalit dalam gerakan #Blockout2024 kerana didakwa tidak cakna dan memberi kesedaran terhadap isu Palestin.

Sebelum ini, gerakan #Blockout2024 yang dimulakan di Hollywood mula menjadi sebutan di Malaysia sehingga ramai nama selebriti tanah air diboikot selepas didakwa tidak menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan: “Jangan Lupa Dosa Sesama Manusia, Siapa Kita Untuk Jatuhkan Hukum?” – Scha Alyahya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Jun 2025
Trending Mon, 4 May 2020

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Marilah kita galas tanggungjawab ini bersama-sama!

Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Selebriti Fri, 14 Nov 2025

Baru 3 Bulan Bersalin Anak Sulung, Perkahwinan Haqiem Stopa Didakwa Berantakan? Aireena Sofia Kunci Mulut

Isteri kepada Haqiem Stopa, Aireena Sofia memohon doa yang baik-baik.

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

error: Content is protected !!