‘Flying Kiss’ Dua Lipa Hanya Untuk Hael Husaini?

Peminat Hael, sila jangan jealous okay!

Berkongsi rakaman menerusi akaun instagram miliknya, Hael kelihatan begitu teruja apabila penyanyi New Rules ini membalas ‘flying kiss’ nya sambil berkata “All my love to you”. Siapa yang tak cair kan?

Video tersebut menunjukkan Dua Lipa yang berada di escalator sebelum Hael mengucapkan I Love You So Much kepada penyanyi itu.

 

Perkongsian ini nampaknya telah ditonton sebanyak 398,606 sejak ianya dimuat naik.
Pelbagai respon diterima daripada followers beliau yang nampaknya terhibur dengan video perkongsian Hael.
Saja buat orang jealous lah tu?
Terdahulu, Dua Lipa dan Hael hadir ke Jakarta bagi membuat persembahan sempena majlis sambutan hari jadi Lazada yang ke-7.
Salma Syahbuddin