‘Frust’ Tak Tahu Dewa 19 Buat Konsert Di Malaysia, Peminat Terhibur Dengan Gelagat Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui kumpulan Indonesia, Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nourul telah memuat naik video dirinya sedang membancuh air sambil meluahkan rasa kecewa.

“Emo satu pagi ni! Tak tau @officialdewa19 ada concert di Kuala Lumpur. Mahu aja aku pulang ke Malaysia! Di Bali pun dah terlepas huwaaaaa 😩 😫

“Aku Milikmu” versi Melayu dibuat oleh kami dalam album Keliru Ajai dan Nourul pada tahun 2002. My forever favourite @officialdewa19,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dan turut bersimpati dengan perkongsian tersebut.

Fatin Nurain