“Bila Bertudung Sekadar Fesyen…” – Ramai Tegur Penampilan Yuna, Minta Jaga Batas Gara-Gara Peluk Afgan

Kemunculan penyanyi terkenal Malaysia dan Indonesia, Yuna dan Afgan pada Minggu Fesyen di New York (NYFW), Amerika Syarikat baru-baru ini mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) milik Afgan, penyanyi yang popular menerusi lagu Terukir Di Bintang itu selamba memeluk bintang negara sebereng itu.

Tindakan tersebut secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terkesima melihat kedua-duanya saling berpelukan, apatah lagi Yuna kini bergelar isteri orang.

Bahkan, terdapat segelintir peminat Yuna di media sosial terkejut melihat imejnya yang didakwa semakin terbuka.

Menjengah di ruangan komen hantaran yang dikongsikan di laman Facebook milik sebuah portal hiburan, rata-rata warganet mengecam tindakan Yuna yang dilihat terlalu selesa mengikut budaya barat. Malah, mereka juga meminta agar penyanyi ini menjaga batas-batas agama memandangkan beliau menetap di sana.

Salma Syahbuddin