Hiburan By: Syamir Shafie December 31, 2023 @ 4:32pm

Gagal Ke Pentas AJL38, M Nasir Akur Keputusan Juri & Anggap Karya Lain Lebih Bagus

Penyanyi dan komposer legenda, Datuk M Nasir akur dan berlapang dada dengan keputusan juri apabila karyanya, Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana tidak mendapat tempat di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Menurutnya, dia menyifatkan lagu-lagu yang mara ke pentas berprestij itu sebagai karya yang hebat.

“Kita kena terimalah apa yang juri rasa dan fikir masa proses penjurian itu.

“Ada lagu lain yang dicalonkan kali ini mungkin lebih bagus dari lagu (Menyantun Kasih) itu,” ujarnya.

Pelantun lagu Tanya Sama Itu Hud Hud itu mengakui kesemua lagu yang bersaing di pentas AJL38 memiliki kekuatan tersendiri dan sesuai dengan selera semasa.

Ia bergantung pada ‘mood’ dan ‘rasa’ keadaan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, menurut laporan Harian Metro, M Nasir berkata, dia mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah lagu khusus untuk Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).

“Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendekatkan lagi Mercy Malaysia dengan masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir M Nasir tampil mempertandingkan karyanya di AJL adalah menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip yang turut diangkat sebagai Juara Lagu ke-26 pada 2011.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Mon, 18 Apr 2022
Trending Mon, 7 Dec 2020
Trending Wed, 3 Oct 2018

Walaupun Berat Badan Isteri Hampir 100 Kg, Si Suami Kacak Tetap Sayangkannya

Cinta yang suci lahir dari hati, bukannya luaran semata-mata!