Categories: HiburanSelebriti

Gambar Bogel Adam Lee Dalam Aplikasi Homoseksual?

Muhamad Arif Adam Muhamed Fadlee atau Adam Lee, 24 sama sekali tidak mengambil peduli dengan tindakan sesetengah pihak yang menyalahgunakan gambar separuh bogel miliknya dalam aplikasi sembang homoseksual.

Gambar separuh bogel tersebut walaubagimana pun tidak pernah dilihat sendiri olehnya. Walaupun, ada diantara rakan-rakannya pernah bertanya mengenai hal tersebut.

“Saya akui pernah ada orang tanya mengenai hal itu. Jika benar ia memang wujud, saya sendiri mahu tengok. Sejujurnya, saya sendiri tak pernah tengok lagi gambar separuh bogel atau foto seksi mana yang digunakan dalam aplikasi terbabit. Apa yang penting, profil dalam aplikasi tersebut bukan milik saya.” Katanya

Sepupu kepada Janna Nick ini juga mengakui sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar menampakkan tubuh badannya kerana beliau sering berkunjung ke gym untuk bersenam.

 

“Saya mengaku, sebelum ini saya selalu berkongsi foto yang menampakkan tubuh badan kerana saya sering ke gimnasium untuk bersenam. Dan, semenjak sibuk dengan kerjaya seni saya jarang berkongsi foto seperti itu dilaman sosial kerana jarang melakukan aktiviti kecergasan dan susah untuk mencari masa berkunjung ke gimnasium.” Jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Adam bakal muncul dalam drama bersiri yang turut menggandingkan beliau bersama Siti Nordiana dan Alif Satar. 

Salma Syahbuddin