Categories: HiburanSelebriti

Gambar Bogel Mirip Anak Tular, Che Ta Lapor SKMM

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberi maklum balas mengenai penyebaran gambar bogel yang dikatakan mirip anak sulungnya, Ammar Effendy.

Menurut Che Ta, beliau juga pernah melalui hal yang sama dahulu.

“ Biasalah bila orang dah terkenal, mula lah keluar gambar pelik-pelik. Saya juga pernah lalui hal yang sama,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Che Ta, dia sudah melaporkan hal ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.

“Biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Menurut Che Ta, dia juga sudah lali dengan kontroversi sejak membabitkan diri dalam industri seni 13 tahun lalu.

“Saya tak mahu ambil pusing kerana di era teknologi yang serba moden ini pelbagai benda boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki yang kononnya mirip Ammar tular di laman Twitter.

SGMS Faida