Gambar Itu Dirakam Selepas Mereka Bercerai, Jangan Mengarut!

“ Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul,” demikian jawab pelakon Elfira Loy berhubung khabar angin kononnya dia menjadi punca perpisahan rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally.

Elfira menganggap tuduhan ini sama sekali mengarut dan terkejut dengan berita penceraian Nazim dan bekas isterinya itu!

“ Foto itu dirakamkan selepas mereka bercerai.

“ Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi. Mungkin kerana mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka,” katanya di majlis pelancaran skuad selebriti Shoppe di ibu negara, semalam.

Dalam masa sama, Elfira berharap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi kerana ia dilihat sangat kebudak-budakan.

“Pasti mereka sudah mengkaji semua perkara baik dan buruk sebelum mengambil keputusan berpisah,” katanya.

SGMS Faida