Gamit Memori! Gandingan Lisa Surihani & Beto Kusyairy Bikin Peminat Rindu – “Istanbul Aku Datang Deleted Scene Ke Ni?”

Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani mencuri perhatian peminat selepas memuat naik video bersama Beto Kusyairy di platform media sosial miliknya baru-baru ini.

Perkongsian tersebut ternyata membuatkan peminat berasa teruja melihat gandingan pelakon ini selepas filem popular pertama lakonan mereka, Istanbul Aku Datang yang ditayangkan kira-kira 11 tahun lalu.

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.

Walaupun lebih satu dekad ditayangkan, filem bergenre romantik komedi itu bagaimanapun tidak pernah lapuk dalam ingatan peminat.

Bahkan, rata-rata dalam kalangan warganet teruja menyaksikan kembali gandingan mereka menerusi sebuah iklan produk makanan, apatah lagi ketika kedua-duanya tampil dengan dialog dan muzik latar yang sama dalam filem popular tersebut.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 4 juta tontonan dan dibanjiri dengan ribuan komen peminat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mereka terhadap watak yang dibawakan oleh Haris (Beto Kusyairy) dan Dian (Lisa Surihani) dalam filem tersebut.

Sehinggakan, ada diantara mereka mengaku menghafal skrip dalam filem tersebut dan  berharap filem Istanbul Akan Datang bahagian kedua diterbitkan lagi khasnya bagi mengubat kerinduan peminat.

@pakmatwestern Dejavu betul setelah 11 tahun tengok cerita ni🤭 #fyp #foryou #istanbulakudatang ♬ Ngopi Maszeh – Happy Asmara

Salma Syahbuddin