Hiburan By: SGMS Faida December 13, 2018 @ 6:31pm

Gandingan Mantap Nabila Huda, Faizal Hussein Dalam ‘M4M4’

Selepas Jodoh Syaitan, DA Motion Media kini tampil dengan filem kedua berjudul M4M4.

Idea menghasilkan filem seram ini dibuat selepas melihat penerimaan positif di kalangan rakyat Malaysia terhadap genre sama.

“ Jika diikutkan pasaran filem di negara ini tidak menentu tetapi dengan kejayan beberapa buah filem seram mengutip kutipan tinggi, kami yakin dengan naskah terbaharu kami ini.

“ Untuk filem Jodoh Syaitan, saya anggap ia sebagai pemanas badan dan kali ini kami lebih bersedia untuk menerbitkan filem M4M4 yang menampilkan barisan pelakon hebat,” kata produsernya, Mokharul Shamsul Mokhtar di majlis pelancaran filem M4M4 di Hotel Summit Kuala Lumpur, hari ini.

Antara barisan pelakon yang bakal membintangi filem arahan Eyra Rahman ini adalah Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ungku Haris, Eyra Razali dan ramai lagi.

Sementara itu, Mokharul memaklumkan dia hampir ‘kehilangan’ Nabila Huda lantaran jadual kerjanya yang begitu padat.

“ Semasa pemilihan para pelakon, Nabila Huda atau Abil memang menjadi pilihan kami semasa skrip dihasilkan.

“ Malah, kami hampir kehilangannya sebagai watak utama. Maklum saja, jadual pelakon ini sangat padat. Namun, rezeki akhirnya berpihak kepada kami. Alhamdulillah,” katanya.

Penggambaran filem M4M4 bakal bermula pada 18 Disember dan lokasi penggambaran bakal diadakan di sekitar Lembah Klang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Persenda Sherry Al-Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dilabel Kurang Ajar

Apapun, kita tunggu jawapan Ayda Jebat lepas ni okay

Hiburan Sun, 14 Oct 2018
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Sat, 10 Sep 2022
LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.