Events By: Atiqah Johari August 5, 2022 @ 6:53pm

Gara-Gara ‘Jobless’, Aril Pilus Akui Pernah Kena Anxiety – “Nak Kekal Lama Dalam Industri Kena…”

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus mendedahkan pernah mengalami ‘anxiety’ ketika tidak menerima sebarang tawaran kerja beberapa bulan lalu.

Menurut Aril, dia diserang anxiety akibat daripada situasi yang dihadapi selepas sebuah program hiburan yang dikendalikannya di stesen televisyen berbayar telah ditamatkan setelah tujuh tahun bersiaran dan ia telah dihentikan pada Ramadan lalu.

“Selepas daripada Covid-19 memang cabarannya agak sukar. Selepas tujuh tahun saya membangunkan program itu, akhirnya ia ditamatkan pada bulan puasa tempoh hari. Program itu ditamatkan sebab kita tahu situasi ketika ini.

“Memang sesiapa saja yang mengalami situasi macam ini akan terkesan. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah bertahan dengan simpanan yang ada. Saya pernah alami anxiety dan Alhamdulillah ia tidak berterusan sampai sekarang. Cuma saya dapat atasi perkara ini dengan cara spiritual. Macam mana nak dekatkan diri dengan Allah SWT dan sebagainya,” katanya kepada XTRA.

Sebagai seorang selebriti, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 37, turut meluahkan dia terkesan dengan kemunculan pempengaruh media sosial yang ramai kerana pada masa ini, permintaan lebih cenderung kepada platform digital.

“Kita tengok sekarang ini pempengaruh media sosial tumbuh macam cendawan. Tak kira di mana platform pasti ada mereka ini. Jadi, sebagai seorang selebriti macam saya terkesan dan selepas program yang saya acarakan itu tamat, saya memang tak ada kerja.

“Jadi, saya mula aktif di TikTok sebab kalau tengok dalam Instagram pun permainannya dah lain. Algoritmanya pun dah berbeza. TikTok ini lebih terbuka dan lebih mesra dengan dengan sesiapa saja. Sama ada selebriti atau orang biasa, kalau cuba untuk dekatkan diri dengan platform itu capaiannya lebih mesra.

“Kalau tengok Instagram macam dah lain, dia lebih kepada bisnes korporat dan sebagainya. Tapi hantaran dan apa-apa yang keluar sama,” jelasnya lagi yang ditemui ketika sidang media Formula Sendu Irfan Haris Menjadi Dengan ‘Bisik’ di Pavillion, Kuala Lumpur kelmarin.

Dalam pada itu, Aril juga sempat meninggalkan nasihat kepada selebriti lain untuk terlibat sama dalam platform digital kerana ia salah satu cara untuk kekal relevan dan bertahan lama dalam industri.

“Kalau kita tengok sekarang pun permainannya sudah berubah. Sekalipun anda selebriti dan nak berada lama dalam industri ini, maka kena buat dalam dua platform iaitu digital dan televisyen.

“Kalau kita tak mula dari sekarang untuk buat sesuatu dalam digital, kita akan rugi. Maksud saya, kita tak tahu akan datang industri ini punya permainan macam mana,” katanya.

Sehubungan itu, Aril membuat perkongsian bahawa ketika ini dia sedang mengembangkan lagi saluran YouTube yang dijalankan bersama rakannya Alif Farhan yang juga merupakan pengacara bagi sebuah program yang diberi nama Gila Geng.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Berbahasa Inggeris, Maya Karin Kena Hentam Teruk Di Twitter?

Apapun, niat Maya itu baik cuma cara menegur itu perlu dibetulkan barangkali?

Trending Wed, 13 Nov 2019

Apink Got Pink Pandas Screaming “Mr. Chu!” at LAZADA 11.11 Super Show 2019

Apink got fans saying “I’m So Sick” after screaming “Mr. Chu” too loud, out of “Luv” for the girls.

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

Events Thu, 16 Apr 2020
Trending Hari Ini Thu, 4 Jun 2020