Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 6, 2022 @ 6:23pm

Gara-Gara Nama Diana Danielle Dipetik, Ahirine Ahiruddin Tampil Perjelas Isu Farid Kamil Pakaikan Helmet

Tular video pelakon dan pengarah, Farid Kamil dilihat memakaikan helmet untuk pelakon Ahirine Ahiruddin baru-baru ini.

Malah, di ruangan komen video tersebut dilihat dibanjiri dengan komen warganet yang meluahkan rasa bimbang dengan tindakan mesra itu akan menimbulkan perasaan cemburu kepada isteri Farid Kamil, Diana Danielle.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Pakaikan Helmet Ahirine Ahiruddin, Netizen Risau Diana Danielle Cemburu?

Susulan itu, Ahirine tampil menjelaskan situasi sebenar kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham kerana kebanyakannya menyebut nama Diana Danielle.

Memetik laporan Harian Metro, Ahirini memaklumkan bahawa dia tidak menyangka bahawa tersebut akan mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan rasa kurang senang.

Ahirine juga menegaskan bahawa dia dengan Farid Kamil hanya seperti adik dan abang.

“Saya dan Farid seperti abang dan adik, tidak sangka pula video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Bukan dengan dia saja, malah saya juga akrab dengan produksi untuk filem terbabit.

“Filem Remp-It 2 adalah percubaan sulung saya dalam bidang seni tempatan. Malah, saya masih baharu dan banyak tunjuk ajar diberikan oleh barisan pelakon filem berkenaan,” jelasnya.

Ahirine berkata, dia menghormati status Farid sebagai suami Diana dan bapa kepada dua cahaya mata itu.

Tambahnya, tiada istilah untuk sekadar ingin bermesra atau lain-lain.

“Jadi, bagi saya tidak timbul istilah sekadar ingin bermesra dan sebagainya. Apatah lagi, saya menghormati status Farid sebagai suami orang dan bapa kepada dua cahaya mata.

“Malah, saya turut bersyukur kerana isterinya, Diana Danielle begitu memahami situasi itu, malah menggalakkan orang ramai untuk ke pawagam bagi memberikan sokongan terhadap filem arahan Farid,” tuturnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Mar 2026
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Sun, 8 Feb 2026
Hiburan Tue, 3 Mar 2026

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

“Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya” – Erma Fatima

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Hati Puteri Sarah Diulit Bahagia? Ini Respons Empunya Badan 

Puteri Sarah tak pernah berbincang soal kahwin baru dengan anak-anak

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Trending Fri, 14 Aug 2020
Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Events Sun, 18 Nov 2018

Pergh…Tiket ‘Early Bird’ Konsert Reunion Dewa 19 Live In KL SOLD OUT!

Melihat keseluruhan tiket early bird terjual dengan begitu laris dan habis dalam tempoh lima hari adalah satu perkembangan yang cukup positif.

error: Content is protected !!