Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 8, 2026 @ 12:32pm

Pernah Teruk Dikecam Gara-Gara Babak Janggut, Vanidah Imran Lebih Berhati-Hati

Pelakon jelita Vanidah Imran lebih berhati-hati dalam setiap perincian lakonan ketika menjayakan drama bersiri Walid, susulan pengalaman menerima kecaman hebat menerusi drama Bidaah, tahun lalu.

Vanidah, 52, berkata pengalaman itu membuatkan dirinya lebih peka terutama dari segi kawalan ekspresi wajah dan penyampaian watak supaya tidak mengundang tafsiran yang tersasar dalam kalangan penonton.

“Saya jadi lebih berjaga-jaga kali ini. Ekspresi pun saya kawal. Ada masa kak Erma Fatima tegur, katanya ekspresi saya kurang tepat. Saya jawab, saya tidak kisah,” katanya.

Menurut Vanidah, dia akan melakonkan watak mengikut apa yang dirasakan paling sesuai, manakala selebihnya diserahkan kepada proses suntingan.

“Saya buat apa yang saya rasa kena dengan watak. Selebihnya saya serahkan pada kerja suntingan. Kalau rasa perlu ubah, sunting saja,” ujarnya.

Vanidah ditemui pada sesi pratonton eksklusif drama Walid di Saloma, Kuala Lumpur, pada Rabu.

ARTIKEL LAIN: Berlakon Cerita Ajaran Sesat, Fazlina Ahmad Daud ‘Terseksa’ Minum Air Basuhan Kaki Faizal Hussein

Mengulas kecaman yang pernah diterima, Vanidah berkata dia memilih untuk tidak memberi reaksi kerana merasakan itu langkah paling tepat pada ketika itu.

“Waktu Bidaah dulu, kritikan memang kuat. Tapi saya pilih untuk diam. Saya tidak rasa perlu jelaskan kerja saya kepada orang. Ini kerja saya sebagai pelakon dan saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Tambahnya, pada usia sekarang, dia tidak melihat keperluan untuk melayan tanggapan segelintir netizen yang cepat menilai.

“Umur saya pun sudah pertengahan. Kalau ada yang muda-muda suka menghakimi, silakan. Nak kata saya buat maksiat atau apa-apa, itu hak masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, Vanidah tidak menafikan perasaan terkilan apabila babak terbabit ditularkan oleh pihak tertentu, apatah lagi ketika itu berlaku dalam bulan Ramadan.

“Saya cuma tertanya-tanya, orang yang mula viralkan waktu Ramadan tu, apa niatnya? Waktu berbuka pun, jari yang sama digunakan untuk sebarkan,” katanya.

Vanidah turut mengakui dia sekadar mahu mengetahui tujuan sebenar tindakan tersebut, selain menegaskan setiap orang mempunyai pilihan dalam soal memaafkan.

“Kalau saya memilih untuk tidak maafkan, bagaimana? Itu hak saya. Saya cuma nak tahu, apa niat bila viralkan,” katanya.

Dalam masa sama, Vanidah menegaskan dia faham batas sebagai individu dan percaya penonton yang matang mampu membezakan antara watak dan realiti.

“Ini semua sebahagian daripada kerja. Saya tahu siapa diri saya dan bagaimana saya menjaga batas. Saya percaya penonton yang matang akan faham beza watak dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial babak panas membabitkan Vanidah dan Faizal Hussein dalam drama Bidaah yang ditayangkan di platform Viu.

Dalam adegan itu, Vanidah yang memegang watak Ummi Rabiatul dilihat menyentuh janggut watak Walid lakonan Faizal menggunakan kakinya ketika berbaring di atas katil, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi negatif.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang selesa dengan babak berkenaan, lebih-lebih lagi kerana ia disiarkan dalam bulan Ramadan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Thu, 25 Mar 2021

Tiada Permit Umrah Buat Jemaah Berusia 70 Tahun

Rasanya ni kat negara Arab Saudi je kan…

Hiburan Wed, 11 Dec 2024

Sama-Sama Kongsi Rezeki, Famili Jadi Kekuatan Kak Nona – “Contohnya, Kalau Buat Event.. Tak Lengkap Kalau Tak Ada Kak KM”

Kak Nona mendedahkan famili menjadi pendorong terhadap setiap perkara yang dilakukan.

Featured Sat, 31 May 2025

Kolaborasi Emosi Ernie Zakri & Anggi Marito Terbit Dalam ‘Kisah Penuh Kecewa’

Bukan sekadar ratapan kecewa lagu ini sebaliknya membawa mesej ketabahan

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

谢承伟陈慧恬化身一日店长!1221「驻守」双威伟乐城大众书局

「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,来临周六「驻守」双威伟乐城大众书局,与大众们近距离互动玩游戏!

Featured Fri, 23 Sep 2022
Hiburan Tue, 22 Oct 2019

NICO G Pertaruhkan KGB, Tampil Dengan Imej Lebih Ghetto!

Siapa sangka sudah tiga dekad kumpulan NICO bertapak di dalam industri muzik Malaysia.  Walaupun industri hiburan kini jauh berbeza, NICO tampil dengan penjenamaan baharu dengan memperkenalkan diri mereka sebagai NICO G dan mempersembahkan album berjudul […]

error: Content is protected !!