Gara-Gara Puji Fazura & Neelofa ‘Maintain’ Cantik, Netizen Mohon David Teo Jangan Bandingkan -“Nak Tumpang Populariti Ke?

Penerbit filem terkenal, Mejar (k) David Teo memuji kedua-dua usahawan selebriti popular, Nur Fazura Sharifuddin dan Noor Neelofa Mohd Noor menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut David, kedua-dua selebriti itu kelihatan cantik biarpun masing-masing sudah mempunyai anak.

Malah, dia juga turut memuji kecomelan cahaya mata kedua-dua pasangan selebriti itu.

“Bila jelitawan dan heroin sekarang dah ada anak.. Tetap cantik dan anak nya pun comel kan?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut David bersetuju dengan kenyataan beliau.

 

Namun, terdapat segelintir yang mempersoalkan tindakan David kerana dilihat sengaja mahu membanding-bandingkan kedua-dua selebriti ini apatah lagi, ramai dalam kalangan artis juga yang memiliki cahaya mata namun kekal kelihatan menawan.

Bahkan, ada yang mendakwa, pengarah terkenal ini sengaja mahu menumpang populariti baik Fazura mahupun Neelofa.

Terdahulu, nama Neelofa menjadi sohor kini disemua platform media sosial selepas beliau mengambil keputusan mendedahkan wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris yang kini berusia hampir 10 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Tak Bantu Fazura Dukung Anak… Peminat Tampil Back Up Fattah Amin – “Ragam Anak Biasalah… Rajin Sikit Baca Kapsyen!”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bercuti Ke Langkawi, Ramai Puji Penampilan Neelofa & Haris -“Simple Tapi Tetap Cantik, Steady Je Dengan Seluar Trek”

ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Akhirnya Dedah Wajah Bilal! Luahan Hati Neelofa Buat Ramai Sebak – “Tiada Yang Lebih Menyayat hati Selain Anak Ummi Disakiti”

Salma Syahbuddin