Gara-Gara Viral Di TikTok, Lagu Dinda Masdo Curi Perhatian Pendengar Muzik Indonesia

Kumpulan Masdo yang dianggotai empat orang pemuda ini nampaknya seakan-akan mengikut jejak langkah penyanyi popular seperti Kumpulan Search, Datuk Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila mula mendapat perhatian penggemar muzik di negara seberang itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @najlatif, beliau dilihat memuat naik semula video persembahan Kumpulan Masdo menyanyikan lagu Dinda ketika pelancaran album mereka yang bertempat di The Bee, Publika.

Video yang dimuat naik pada September itu bagaimanapun mendapat sambutan hangat peminatnya sehingga di tonton sebanyak lebih 500,000 kali setakat ini.

Bukan itu sahaja, lagu yang disifatkan sebagai ‘easy listening’ ini viral apabila pelakon, penyanyi dan model, Rey Mbayang menyanyikan lagu tersebut kepada isterinya, Dinda Hauw.

Tersenarai antara single paling tular di Spotify Indonesia, lagu Dinda, Janji Manis, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah turut mendapat sambutan hangat peminat-peminat muzik disana.

 

@najlatif Disebabkan viral, kita up sikit Masdo feat Ainina Hasnul time album launch dekat The Bee Publika #masdo #dinda #kugiranmasdo ♬ Dinda – Masdo

 Kumpulan Masdo yang dianggotai empat orang pemuda ini nampaknya seakan-akan mengikut jejak langkah penyanyi popular seperti Kumpulan Search, Datuk Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila mula mendapat perhatian penggemar muzik di negara seberang itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @najlatif, beliau dilihat memuat naik semula video persembahan Kumpulan Masdo menyanyikan lagu Dinda ketika pelancaran album mereka yang bertempat di The Bee, Publika.

Video yang dimuat naik pada September itu bagaimanapun mendapat sambutan hangat peminatnya sehingga di tonton sebanyak lebih 500,000 kali setakat ini.

Bukan itu sahaja, lagu yang disifatkan sebagai ‘easy listening’ ini viral apabila pelakon, penyanyi dan model, Rey Mbayang menyanyikan lagu tersebut kepada isterinya, Dinda Hauw.

Tersenarai antara single paling tular di Spotify Indonesia, lagu Dinda, Janji Manis, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah turut mendapat sambutan hangat peminat-peminat muzik disana.

 

 

Salma Syahbuddin