Gaya Tudung Aina Abdul Jadi Bualan, Netizen Kata Persis Biarawati!

Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul kini sedang sibuk mempromosikan konsertnya, A Night With Aina 2.0 yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut di Istana Budaya, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Namun, selain tiket konsert yang menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kerana laris bagaikan pisang goreng panas, penampilan pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke 36 ini juga antara yang sering mencuri perhatian.

Terbaharu, penampilan Aina ketika sidang media konsert nya itu mengundang rasa kurang senang peminat dan warganet sehingga ada diantara mereka menyifatkan tudung yang dipakai pelantun lagu Sepi itu seakan-akan menyerupai biarawati.

Bagaimanapun, terdapat peminat yang sempat berseloroh bahawa gaya tersebut sinonim dengan penyanyi itu memandangkan Aina sering tampil dengan imej yang kreatif sebelum ini.

Namun, dalam masa yang sama peminat turut menegur agar Aina lebih berhati-hati dalam memilih ‘style’ hijab untuk digayakannya kelak.

 

Sumber : Instagram

Salma Syahbuddin