Categories: HiburanSelebriti

GEMPAR! MAT SALLEH MASUK HUTAN DENGAN SIAPA TU?

Petaling Jaya, 9 Oktober 2017- Siri “Mat Salleh Masuk Hutan with Abe” yang menampilkan hos, Hafiz Hatim bersama Ivan Carter – penyelidik hidupan liar terkenal menerusi rancangan Carter’s W.A.R. di Outdoor Channel Asia bakal bersiaran di tonton mulai 27 Oktober 2017. Hafiz Hatim yang juga penyampai radio di stesen Fly FM kini menjalani penggambaran bersama Ivan Carter di lokasi sekitar negeri Perak.

sumber:tonton xtra

Kembara mereka bakal meneroka dan menjelajah hutan khatulistiwa serta tasik di Malaysia khususnya di negeri Perak. Antara kembara menarik termasuk rakaman menyelusuri Anak Gua Tempurung, aktiviti white water rafting di Gopeng serta pengalaman memancing ikan jenis peacock bass dan giant headsnake di Tasik Chenderoh.

sumber:tontonmy instagram

“Bekerja dengan Ivan adalah pengalaman menarik buat saya. Dengan adanya program bersama Ivan, saya harap kesedaran rakyat Malaysia untuk memelihara hidupan liar dapat dipupuk dengan lebih baik. Seiring dengan kemahuan rakyat Malaysia yang kini semakin terdedah dengan aktiviti luar, we must make sure this world will be a better place to live in for our future generation; justeru pendedahan berkenaan flora dan fauna adalah vital untuk kelangsungan ini” ulas Hafiz ketika ditemui di Sri Pentas TV3, Bandar Utama bersempena pelancaran Outdoor Channel Asia – Carter’s W.A.R. yang kini boleh disaksikan secara atas talian di portal video, tonton (www.tonton.com.my).

 

 

 

Sumber:tontonmy instagram

 

‘Mat Salleh Masuk Hutan with Abe’ akan ditayangkan sehingga 4 episod dengan paparan tayangan 10 minit untuk setiap episod di tonton bermula 27 Oktober 2017. Outdoor Channel Asia yang menawarkan pengisian kembara dan gaya hidup lasak kini boleh diakses lebih daripada 7.3 juta pengguna di Malaysia bermula 6 Oktober 2017 dalam bentuk definisi tinggi (HD) secara percuma di tonton!

tex_admin