Categories: HiburanSelebriti

SAYA BUKAN TUNJUK GERSANG – JANNA NICK

Pelakon, Janna Nick mencetuskan kontroversi apabila adegan “bercium” bersama Fattah Amin dikritik netizen.

“Saya tak rancang kontroversi untuk raih populariti, kalau saya nak kontroversi baik saya pergi kelab” ulas Janna ketika ditanya mengenai kontroversi yang melanda dirinya.

sumber: instagram irwansyah

“Saya tidak ada masalah dengan ‘scene’ tu kerana adegan tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan kegersangan atau keghairahan, adegan tu sebenarnya adegan kelakar,” ujar Janna lagi ketika ditemui di majlis pelancaran drama Sepetang bersama Dia.

Janna ditemui di majlis pelancaran Sepetang Bersama Dia untuk mempromosikan drama Dia yang yang dibarisi pelakon hebat dari Indonesia, Irwansyah dan Sandriana Michelle serta pelakon terkemuka Malaysia seperti Izzara Aishah, Adi Putra, Zamarul Hisham,Zahirah MacWilson dan ramai lagi.

Drama Dia akan menemui penonton mulai 14 Oktober 2017, setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 9 malam di TV3. Drama terbitan produksi Orange Tree Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Eoon Suhaini, Omar Aly Adly dan Zamri Zakaria.

tex_admin