“Gigih Demi Malaysia Yang Lebih Baik” – Abby Abadi & Suami Hadir Ke Sidang Media Anwar Ibrahim Tanda Beri Sokongan

Pelakon Abby Abadi hadir ke lokasi sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, hari ini bagi memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, kelihatan dia dan suami tampil berbaju merah di hotel tersebut bagi mengikuti proses rundingan oleh parti-parti politik yang terlibat.

“Gigih demi Malaysia yang lebih baik,” tulis Abby.

Menerusi hantaran sama juga, Abby merakamkan suasana di luar perkarangan hotel tersebut yang dipenuhi dengan pengamal media.

“Tak boleh masuk, jadi boleh share suasana diluar saja ya,” kongsinya.

Tambah Abby lagi dia berharap agar negara diberikan barisan pemimpin yang mampu memahami rakyat, kestabilan ekonomi dan keadilan.

“Esok ada jawapannya, Insya-Allah.

“Semoga Allah izinkan dapat barisan pemimpin yang faham keluh kesah rakyat, yang mampu stabilkan ekonomi dan berikan keadilan untuk semua, sabar,” harapnya.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 mencatat sejarah kerana buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung.

Khairil Khusyairi