Gimik Untuk Popularkan Bidadari? Ismail Izzani Mula Bersuara…

Penyanyi Ismail Izzani memberitahu dia bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Bidadari.

Namun selepas kontroversi yang melibatkan dirinya, penyanyi ini terpaksa menunda pelancaran single berkenaan.

“ Kalau ikut perancangan bulan ini lagu itu dilancarkan tapi sebab isu tersebut, kita terpaksa tunda pada tarikh lain.

“ Saya bernasib baik kerana syarikat label muzik memahami situasi yang sedang berlaku dan mereka terus memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Penyanyi berusia 18 tahun ini memaklumkan dia mahu berehat dahulu dan menunggu isu ini berhenti diperkatakan.

Dalam masa sama, Ismail nafi mencipta kontroversi bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

“ Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja,” katanya ringkas.

Foto mesra Ismail bersama pelakon Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam menjadi tular dan bualan hangat baru-baru ini.

Ismail turut memohon maaf dan berjanji akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktu yang sesuai.

SGMS Faida