Categories: Gaya Hidup

Pelakon Hollywood Jennifer Lawrence Dedah Sebab Dia Membenci Platform Media Sosial

Dari dulu lagi, pelakon berbakat dari Amerika, Jennifer Lawrence memang vokal tentang kebenciannya terhadap media sosial.

Anda pun mesti tak pernah nampak atau dengar tentang wujudnya akaun Instagram atau Twitter miliknya. Memang tak ada pun, so tak payah susah-susah cari. Kalau anda terjumpa, itu akaun tiruan!

Untuk makluman anda, pelakon filem-filem seperti The Hunger Games, Red Sparrow dan X-Men: First Class ini cuma ada akaun Facebook yang dah verified. Tapi bukan dia yang handle; pembantu peribadi dia kot yang memuat naik semua post.

Padahal bukan ke semua artis di zaman sekarang kena ada sekurang-kurangnya satu akaun Instagram? Ya lah, platform itu kan efektif jika mereka ingin berkomunikasi dengan para peminat?

Baru-baru ini menerusi sebuah temu bual dengan InStyle, barulah Jennifer bersuara tentang kenapa dia tak sama macam selebriti lain dalam hal ini.

“Saya memang ada melayari laman media sosial tapi saya merupakan seorang voyeur (penonton); saya tengok tapi saya tak bercakap.

“Sekarang ini ada terlalu banyak tindak balas negatif. Ramai orang sedang mendengar dan memberi perhatian, dan mereka ada pendapat tentang semua perkara. Saya tak ingin menerimanya melainkan jika saya betul-betul perlu.

Foto: Getty/Twitter

“Saya tak nak meletakkan diri saya di luar sana tanpa sebarang sebab. Melainkan saya tengah promosikan sesuatu filem atau ada sesuatu perkara yang memang buat saya naik angin, anda takkan dengar daripada saya menerusi platform ini.”

Hmm… anda setuju tak dengan apa yang dia kata tentang tindak balas negatif dalam media sosial?

Adakah antara anda yang menjauhi diri daripada platform tersebut kerana sebab ini?

Sumber: Time

Ad Ops